Saturday, April 20, 2013

Media Coverage!

As-Salam...

Entry kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman yang amat saya hargai dimana saya diberi peluang muncul didalam sebuah rancangan yang mengetengahkan tentang isu fesyen dan menampilkan barisan pereka fesyen yang terpilih iaitu rancangan Ilham Busana- Nuansa Aidilfitri yang bakal disiarkan sekitar bulan ramadhan tahun 2013 ini untuk saluran RTM.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat BUMIPUTERA DESIGNER ASSOCIATION (BDA) diatas peluang dan laluan yang diberikan sebagai platform bagi independant designer seperti saya,melangkah setapak lagi kehadapan dengan tampil didalam rancangan tersebut.
Rancangan yang dikendalikan sepenuhnya oleh sorang pereka bagi setiap slot selama setengah jam itu benar-benar memberi saya suatu pengalaman yang mungkin biasa-biasa bagi sesetengah orang namun amat luar biasa bagi saya manakan tidak, menjadi hos dan menerangkan setiap inci rekaan bersama model yang saya tampilkan seperti biasa - Amna Jahangir juga model yang saya tampilkan dalam siaran buat Selamat Pagi 1 Malaysia yang lalu.

Untuk rancangan ini, setiap pereka diberi tema yang berbeza.Dan saya diberi tema Fesyen Hari Raya buat wanita yang berbadan gempal atau Plus Size....Ahaaaa....!Again! Yes! Sekali lagi saya diberi tema untuk Plus Sizer. Saya menerima tema ini dengan hati yang terbuka.Bukan hanya saya juga empunya badan Plus Size, malah peluang ini memberi serba sedikit advantage buat diri saya sebagai seorang pereka dimana saya berkemampuan menjadi pereka serba boleh bukan sekadar mampu mereka fesyen untuk mereka yang bertubuh skinny ala model hingga yang sederhana, malah saya juga mempunyai kelebihan mereka dan menata gaya buat mereka yang bertubuh gempal atau Plus Size....This is why i love about my job!Seriously i'm blessed!

Mengimbas kembali hari pengambaraan tempoh hari, saya telah dijadualkan memulakan shoot itu sekitar jam 2 petang dilokasi Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur.Seperti yang saya nyatakan tadi, pengalaman ini memberi pelbagai tanggapan awal..Secara jujur kebiasaannya saya bukan lah yang jenis gugup sehingga tidak terkata apa-apa apabila dihadapan kamera namun shoot kali ini memberi sedikit kejutan buat diri saya dimana harus berinteraksi dengan kamera juga secara spontan. Tiada script mahu dialog diberikan. Ini yang menambah keresahan dalam diri saya dan saya akui ada berkali-kali melakukan cut apabila camera roll..Hahaahhh..Baru saya tahu bagaimana perasaan seorang pelakon yang harus beraksi dihadapan kamera tambah lagi dengan adegan menangis dan sebagainya...Saya kini lebih menghargai tugas seorang pelakon juga hos rancangan..There you go! Hahaha!Namun saya salute Mr Director diatas kesabaran beliau menanggani masalah yang saya hadapi.Dan Alhamdulilah, its a wrap apabila saya berjaya menghabiskan sesi pengambaraan itu sekitar jam 7 malam dengan 5 pasang rekaaan yang terdiri daripada Kurung Peplum dari kain jenis Chiffone, Kurung Moden diberi nafas ala kimono apabila saya menitip ilham 'obi belt' didalam rekaan kurung moden tersebut, juga Kebarung yang mungkin telah lama terlepas pandang oleh penggemar fesyen masa kini dan saya mengambil peluang ini bagi mengembalikan era Kebarung buat yang berbadan gempal atau Plus Size. Seterusnya saya ketengahkan rekaan Kaftan Moden berwarna Shocking Pink-Purple dari fabrik heavy satin bertujuan agar rekaan tampak lebih 'fall' di tubuh dan memberi ilusi lebih ramping.Juga rekaan Kaftan yang simple dengan perincian yang lebih berat di bahagian leher dalam pilihan warna dusty-maroon.

Saya turut memuat naik gambar disekitar pengambaraan yang berlokasikan Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur buat tatapan semua.. Heheee!


Disebalik tabir
Make-up & Hairdo by Rina Derina

The Designer- Nina Hassan & The Mr. Director
within intro discussion


The designer and the explanation


Ready in action with model


My model in Two-tones Black-Red Chiffone Kurung Peplum 

Repost Instagram from the make-up artist @rinaderina38
Special Thanks & She did a really great job!

Okay, enough for this entry...Will update more soon!
Untuk tempahan edisi Hari Raya masih dibuka untill further notice.But so far, 80% tempahan telah pun dimulakan.So Ladies!Hurry up! Glam-up your Hari Raya attire this year with BeauGLam by Nina Hassan.
Contact us : 016-717 0338 ( Call/Sms/Whatsapp/Viber/WeChat/iMessage ) or email us at beauglam_kl@hotmail.com

See ya at the next entry!

NH.

No comments: