Tuesday, December 25, 2012

Spread The Fashion & Love....Its Festive Seasons!


".. Love is in the air and spread the love...."

Yeaaa Festive and Wedding seasons mode is on anywhere and everywhere....

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu sebelah suami saya yang berlangsung di Masjid Negara pada 22.12.2012 dan majlis persandingan di Selayang Ideal Convention Centre pada 23.12.2012 manakala pada jumaat ini sekali lagi menyaksikan pasangan sepadan dua sejoli ini..Tazneem dan Zul bersanding dalam resepsi yang bakal berlangsung di Dewan Merak Kayangan Kuala Lumpur...
Buat pengetahuan dan sekadar berkongsi info, Tazneem merupakan salah seorang daripada pengacara tetap SELAMAT PAGI 1 MALAYSIA di saluran RTM1 yang sering menceriakan pagi penonton terutamanya dengan segmen pantun yang dikendalikan beliau secara spontan lagi  menghiburkan.

Berbalik kepada majlis yang telah berlangsung,untuk majlis ini,saya dipertanggungjawabkan untuk mereka busana bagi adik pengantin perempuan dan busana pengapit bagi kedua-dua majlis dimana telah berlangsung baru-baru ini dan yang bakal diadakan jumaat ini nanti.

Bagi persalinan di Selayang Ideal Convention Centre, saya telah mereka busana Peplum ditambah dengan perincian seperti batu dan manik serta mutiara menghiasi waistband dalam rona hijau pucuk pisang buat pengapit yang bernama Erin (juga adik ipar saya) manakala adik pengantin perempuan, Tahira saya rekakan persalinan potongan panel moden dipadan dengan skirt potongan mermaid dalam rona off-white dan skirt dari corak pelbagai juga rona sedondon.Bagi menyerlahkan lagi rekaan,Top tersebut ditambah dengan taburan mutiara agar menyerlahkan rekaan tersebut.Manakala susunan button at the back menambahkan lagi highlight dibahagian belakang busana...

Disamping itu, saya turut mereka sepasang peplum ala tulip buat seorang lagi sepupu kepada pengantin perempuan iaitu Sharifa yang turut hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut dengan rona baby blue namun untuk menaikkan lagi rekaan tersebut saya telah mengisi di bahagian waistband dengan lace berwarna hitam yang agak contra namun cukup menawan apabila digandingkan kedua-dua warna tersebut.Juga terdapat perincian seperti Crystal Swarovski dan tatahan mutiara.

Untuk entry kali ini, saya upload gambar disekitar majlis di Selayang Ideal Convention Centre...Happy Viewing!!

 Erin (left) in Green Peplum and Tahira (right) both in BeauGLam by Nina Hassan
Tahira posed in BeauGLam by Nina Hassan
From left-right - Erin, Tahira And Sharifa  
3Gorgeous Ladies in
BeauGLam by Nina Hassan
The Designer -Nina Hassan finally met Hanie Hamid And Hezri 
SP1M RTM1 tv presenter as host of the event after last 3 years
appearance in Selamat Pagi 1 Malaysia (SP1M) Show.
 With Mr Hubby <3 backbone="backbone" br="br" hassan="hassan" nina="nina" of="of" the="the" truly="truly">
 Us with the newly wedd- Tazneem And Zul
Congrats!
 Throwing the bouquet by the bride session
The Designer- Nina Hassan with the cousin's - Amna Jahangir And Faizal
~Part of my in law family~

To those who celebrate Christmas, NH would like to wish all of you 
Have a wonderful and joyful Christmas & Happy Holiday :)

NH.

No comments: