Sunday, March 31, 2013

Our Official Facebook PAGE!

As-Salam...

Happy Sunday everyone!Hallooo from Johor Bahru, Johor!Yes currently im in Jb untill this tuesday
(02.04.2013) Will going back to KL and so back with the works soon! Ahaaa! So whats'up? Lazy weekend? Or busy weekend?

Even still in holiday mode, i'd would like to share the BeauGLam by Nina Hassan
official FACEBOOK PAGE at
 http://www.facebook.com/pages/BeauGLam-by-Nina-Hassan/115002101862981

For more info and latest updates please do add us as one of your LIKE page and see you there!

NH


Wednesday, March 6, 2013

Hey! Its My Best Friend Wedding!

As-Salam

Hey!Hey!Wednesday!

Finally, done with my besties wedding!Persiapan yang hanya menelan masa lebih kurang 2-3 minggu akhirnya Alhamdulilah selamat berjalan dengan jayanya.Diantara tugas yang dipertanggungjawabkan oleh teman saya, Nena keatas saya antaranya mereka sepersalinan pakaian buat majlis akad nikah dan majlis resepsi makan malam, lukisan henna atau inai untuk majlis malam berinai dan make-up untuk kedua-dua majlis yang kesemuanya berlangsung di Kuala Selangor.

Menyiapkan 2 persalinan pakaian dalam tempoh yang singkat pada mulanya memberi serba sedikit tekanan buat saya.Namun syukur Alhamdulilah secara tidak langsung mencabar kredibiliti saya sebagai seorang Fashion Designer dan mampu berjaya menyiapkan kedua-dua persalinan dalam masa yang diberikan.
Bagi majlis akad nikah, pilihan fabrik dipersetujui oleh pihak pengantin dan juga saya.Dimana kami sepakat mendapatkan fabrik jenis French Lace dan digabungkan dengan Chiffone Silk dengan menghasilkan rekaan kurung moden dalam rona off-white...Sememangnya permintaan pengantin untuk menggayakan sepersalinan yang ringkas, minimalis and decen...That's the word!

Manakala bagi resepsi makan malam, teman saya, Nena telah membuat keputusan untuk menggayakan rekaan Peplum dari jenis Japanese Lace dengan padanan skirt yang flowy dari fabrik Chiffone Silk dalam rona berani iaitu rona Deep Purple atau ungu gelap dan disulami design bunga keemasan pada Lace tersebut.
Juga bersyukur akhirnya berjaya menyiapkan satu lagi persalinan untuk resepsi malam tersebut.

Lukisan henna atau inai ditangan dan kaki juga berjaya saya uruskan dimana sepupu saya merupakan seorang yang berbangsa Pakistani, Amna Jahangir, mahir dalam seni lukisan henna atau inai ini.Malam berinai berjalan dengan relax and fun bagi kami sebagai teman baik dan telah lama berkawan.Malam itu kami manfaatkan sebagai malam terakhir teman saya bergelar anak dara.So next, welcome to the club dear Bff! Heheh!

Dan akhir sekali, task yang harus saya selesaikan iaitu mencari make-up artist atau jurumekap dalam jangka masa yang singkat bukan la suatu tugas yang mudah.Beberapa jurumekap menolak tawaran saya  dek kerana telah ditempah terlebih awal oleh pengantin lain.Terlintas difikiran seorang teman lama yanhg saya kenali sejak dibangku sekolah, saya letak namanya disini Lululolla, punya bakat dalam merias wajah pengantin.Lantas saya hubungi dan berdebar juga mana tidaknya, teman saya ni kini tinggal di Johor Bahru.Saya terus mencuba, akhirnya teman saya berjaya mendapat cuti perlepasan dan Alhamdulilah, Lululolla juga berjaya merias wajah teman saya, Nena dan saya juga teramat bersyukur dimana Nena amat berpuas hati dengan hasil sentuhan Lululolla....Indeed!

Terasa lega yang amat panjang apabila majlis pada 02 March 2013 berjalan dengan sempurna dan jayanya.
Bukan sahaja saya menarik nafas lega sebagai seorang  Designer namun sebagai teman baik kepada pengantin perempuan, saya amat gembira dimana akhirnya, Nena dan Khairil sah bergelar suami dan isteri..Moga berkekalan hingga ke akhir hayat..Insyallah.

Disini saya upload beberapa gambar yang sempat saya edit dan yang selebihnya, saya tunggu dari photographer yang bertugas pada hari tersebut.

She's Ready..
The Bride..
Congrats Nena & Khairil!Tied the knot!
Get ready for dinner wedding reception
The Bride & Groom
Alhamdulilah, majlis pernikahan dan resepsi makan malam diantara Nena & Khairil telah selamat dilangsungkan.
Next project,will be another wedding, another designed bridal attire and let's play with Laces, Pearls and Pure white!
Also for Hari Raya edition TV shows and of course, Plus Sizes included!
So do stay tuned!

Love,
NH