Saturday, July 13, 2013

Updated! Wedding Wedding!

As-Salam dan Salam Ramadhan AL-Mubarak...

Ohhh agak lama juga tidak berkesempatan meng'update' info dan perkembangan semasa saya.Well apa yang boleh saya katakan, The Busy-ness!Yes! Terasa cepat benar masa berlalu, sedari atau tidak, hari ini telah masuk ramadhan ke-4 dan ia berlalu dengan begitu pantas.Dan ya!Baju-baju raya clients juga mula menghampiri penghujung.Sememangnya kini saya lebih fokus pada proses pengakhiran seperti kerja-kerja patchwork, beadwork dan Insyallah minggu hadapan , kesibukan menghampiri tahap maksima dimana semua tempahan untuk raya akan di release juga final fitting maka bertambah lagi kesibukan itu tetapi itu bukan alasannya kerana saya sememangnya suka berada didalam keadaan yang dipanggil adrenaline rush ini.Juga mengisi masa dibulan puasa ini.Terasa lebih pantas masa itu berlalu.

Mungkin agak terlewat untuk memuat naik beberapa gambar sekitar majlis pernikahan dan persandingan clients, walaubagaimanapun saya tetap ingin berkongsi memori indah clients saya didalam persalinan sentuhan dari BeauGLam by Nina Hassan. Antara majlis yang sempat saya hadiri adalah majlis persandingan Faten dan Muzammil yang berlangsung pada 15hb Jun 2013 di Royal Bintang Hotel, Damansara.Terdapat juga beberapa majlis yang tidak sempat saya hadiri dek kerana kekangan masa dan jarak kerana terdapat juga client dari Johor Bahru iaitu Faezah & Pasangan yang melangsungkan majlis pernikahannya pada 22hb Jun 2013 yang lalu dan masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat mempelai-mempelai yang mendapatkan khidmat dari BeauGLam by Nina Hassan.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Bagi majlis Faten & Muzammil, sebagai seorang pereka fesyen, saya bertanggungjawab menghasilkan 2 helai persalinan bagi majlis akad nikah dan resepsi persandingan dimana saya dan Faten sekeluarga telah mencapai kata putus untuk menghasilkan sehelai dress warna Amethyst Purple dari material chiffone yang dipadankan dengan tulle atau net lembut yang disulam penuh dengan batu dan pearls dalam rekaan kebaya moden agar mudah disuai padan atau mix and match. Juga diatas permintaan Faten agar rekaan untuk majlis persandingan beliau tidak terlalu sarat dan mudah disuai padan atau masih boleh digayakan selepas majlis perkahwinan.Maka, flowy chiffone dress dihasilkan dan ternyata andai Faten menanggalkan Kebaya Moden diluar tersebut,simply grab a clutch bag juga mencari padanan hijab yang sesuai dan dress ini  sesuai digayakan bagi menghadiri jamuan makan malam atau acara khas yang lain.Dan ya!Kami telah mencubanya sewaktu fitting session dan ternyata it's work!Gorgeous yet practical..That's the keyword!

Manakala persalinan buat majlis akad nikah pula, gabungan tulle atau net lembut yang disulam penuh dengan pearls & tatahan batu Swarovski dipadankan dengan silk chiffone berpotongan bias memberi ilusi dreamy-flowy sesuai buat majlis suci seperti akad nikah yang berlangsung di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Saya turut mereka selendang dari fabrik silk chiffone dengan perincian manik dan pearls juga menggunakan batu Swarovski penambah seri yang dijadikan hijab.

Disini saya muat turun beberapa gambar disekitar majlis yang berlangsung dan untuk melihat dengan lebih dekat dan terperinci, boleh melawat atau follow Instagram  ---> instagram.com/beauglambyninahassan

Selain dari itu, sepasang kasut custom-made turut saya hasilkan buat padanan helaian bagi resepsi persandingan akan saya muat naik pada next entry. Juga hasil sentuhan Henna Artist yang mereka corak inai secara ekslusif yang kini terdapat didalam servis di BeauGLam by Nina Hassan yang akan saya muat naik di entry akan datang..Insyallah.


 The Bride in Amethyst Purple Silk Chiffone Dress + White Pearls Tulle Modern Kebaya
 
The Designer Nina Hassan with the gorgeous bride

Lovely Couple- Faten & Muzammil
(picture taken from the bride)
 Another solemnization attire made by Nina Hassan- White Pearls Tulle with Silk Satin & Chiffone
with beaded and pearls selendang use as hijab in white
(picture taken from the bride)

Untuk enrty kali ini saya akhiri dengan Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa bagi seluruh umat Islam moga ibadah kita diterima oleh-Nya dan diberkati..Insyallah.

Moga bertemu di entry seterusnya.

NH.

No comments: