Sunday, October 20, 2013

Hey October! Hey Bride-To-Be! Hey The Bridesmaid!

As-Salam & Super Sunday!

What's up visitor? Owhhh lama sungguh tidak berkesempatan untuk meng'update' aktiviti terkini memandangkan penghujung tahun bakal kunjung tiba.Bercerita tentang penghujung tahun, sudah pasti semua dapat mengagak dan meneka...Yes! Wedding bell's are ringing...Yes! Yes!
Bukan sekadar tempahan untuk mempelai sahaja, malah untuk si manis pengapit mahu jelitawan sebagai pengiring atau ada yang menggelarkan mereka sebagai gadis mengangkat dulang juga lebih glamour dengan panggilan 'The Bridesmaid' tidak terkecuali..Semua ingin kelihatan cantik..anggun dan menawan dalam rekaan yang minimal namun tampak anggun dihari bahagia orang yang kita raikan dan sayangi..
Juga tidak terkecuali dengan ahli keluarga mempelai. Ibu, kakak, adik, kakak ipar, adik ipar turut serta menawan dengan rekaan yang bersesuaian.

Untuk entry kali ini, pada yang telah LIKE page BeauGLam by Nina Hassan di Facebook kami, mungkin anda telah terlebih dahulu melihat rekaan-rekaan seperti dibawah.Namun bagi yang baru mengunjungi blog kami, ini adalah sebahagian dari rekaan yang sempat saya compiled dan muat naik dilaman sosial rasmi kami untuk tatapan umum. Seperti biasa, ada beberapa helaian rekaan yang terpaksa saya simpan untuk simpanan peribadi dimana saya menghormati permintaan clients agar tidak dimuat naik dilaman sosial.Ini kerana sebahagian dari polisi kerja saya adalah to respect our clients privacy dan saya juga memohon kebenaran dari empunya diri sebelum dikongsikan dilaman sosial.Dan juga beberapa lagi helaian rekaan saya yang masih dalam proses yang mana bakal saya kongsikan di entry akan datang InsyaAllah...


Dress rekaan berpotongan bias dari material Crepe Silk warna nude diberi sentuhan Patch-work dari material French Lace berwarna hitam dan sentuhan perincian seperti batu dan manik jemeki juga dari warna hitam dan woody brown bagi menyerlahkan perincian pada dress ini.


Rekaan Peplum dari material jenis Beaded Chiffone dengan Crepe Silk warna Pastel-Blue diberi sentuhan perincian dibahagian leher dengan manik juga pearls dan velvet waistband sebagai pelengkap rekaan ini.

Tiered-Peplum dari material Chiffone Silk warna Pastel-Turqoise digandingkan dengan Songket Tenun Multi-coloured
diberi perincian indah dibahagian bahu dan pinggang dengan jahitan manik dan pearls dari warna campuran dari warna Songket. Juga deretan butang sebagai tarikan dibahagian belakang.
*Gambar ihsan dari Dr.Aida (Instagram) Terima Kasih.

Tips:
Masih tercari-cari rekaan yang bersesuaian? Pastikan bentuk tubuh badan anda sesuai dengan jenis material dan rekaan. Atau hubungi pereka yang anda percayai bagi mendapatkan khidmat nasihat sebelum membeli material agar tiada penyesalan dengan pembelian tersebut.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan tempahan/rekaan/temujanji, sila hubungi +6016 717 0338 atau E-mail ke beauglam_kl@hotmail.com 
Juga komunikasi bersama kami di Page Facebook BeauGLam by Nina Hassan 
atau Follow di Instagram kami @beauglambyninahassan

Moga bertemu dilain Entry!
Have a great weekend and Enjoy your relax-day!

Nina Hassan