Sunday, February 24, 2013

The Labels....

Salam,

I'm blessed.Seriously, syukur Alhamdulilah atas rezeki yang dilimpahi Allah S.W.T bagi tahun 2013.Pelbagai keputusan dan rencana telah saya corak dan lakukan.Antaranya saya telah mengambil keputusan bagi  mendaftar diri sebagai salah seorang ahli BUMIPUTRA DESIGNERS BDA  dimana peluang untuk memperluas dan meneroka industri ini lebih mendalam.Diharap dengan langkah yang diambil bakal memberi ruang dan peluang untuk saya mengekspresikan idea dan terus berkarya dalam bidang rekaan dan fesyen ini.

Peluang muncul di kaca TV baru-baru ini merupakan satu lagi batu loncatan sebagai permulaaan bagi tahun 2013 setelah beberapa tahun menyepi atau beralih arah seketika dan kini kembali dalam dunia yang sememangnya sebati dalam jiwa dan diri ini.Fashion Industry.
Untuk pengetahuan,selain daripada label BeauGLam by Nina Hassan sebuah lagi label dibawah designer Nina Hassan khusus buat plus sizer iaitu FluffyLush  yang ditubuhkan sekitar awal tahun 2012 yakni
kini telah mula mendapat tempat dihati peminat fesyen bersaiz Plus Size.Konsep yang dibawa oleh FluffyLush iaitu ready-to-wear lebih santai namun penggunaan fabrik dan rekaan dititikberatkan mengikut kesesuaian buat si pemilik badan bersaiz Plus Size agar selesa dan lebih berkeyakinan tinggi.

Untuk itu, FluffyLush diberi peluang muncul bagi memperkenalkan jenama dan rekaan koleksi buat tatapan penonton rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia saluran RTM1 yang bakal disiarkan tidak lama lagi.Sesi wawancara yang dikendali oleh pengacara favourite SP1M iaitu Tazneem telah berlangsung di butik teman baik saya di Publika, Solaris Mont Kiara.Rakaman dilakukan dilokasi tersebut memandangkan pada 14hb hingga 16hb Februari yang lalu, sebuah 3 days event dilangsungkan di butik Nisa Mazbar dimana jenama FluffyLush secara exclusive boleh didapati dibutik beliau dan juga di online store http://www.nisamazbar.com/boutique/catalog.php?catid=12&category=FLUFFY-LUSH-PLUS selain di official blog FluffyLush www.fluffylush.blogspot.com

 Sekitar sesi rakaman buat slot di SP1M RTM1
Nina Hassan sedang mempersiapkan model 
 Model -Amna Jahangir juga merupakan pelanggan yang berpuas hati dengan jenama FluffyLush
Host of the day!Nina Hassan bersama NisaMazbar
Teman baik dan juga rakan Designer yang sangat supportive

Will update more soon Insyallah.So stay tune!Have a productive week ahead and happy working!

Love,

NH

Sunday, February 3, 2013

It's February!

Hey! Hey! Its February! so Love called month....

1st entry for the month of February!Sekian kalinya..Lama tidak berbloging...Sedari telah masuk bulan ke dua bagi tahun 2013 ini..Pantas masa berlalu...Beberapa minggu yang lalu saya tidak berkesempatan memenuhi ruang blog ini apatah lagi menaip dan update aktiviti seperti biasa...Dua minggu lalu, saya ke Bandung, Indonesia...All time favourite shopping heaven!Especially for a Fashion Designer like me!Seriously!Any kind of materials ada dijual di Bandung..You just name it!You can get it!
So basically entry kali ini, saya nak berkongsi cerita serba sedikit sekitar percutian juga ada hubung kaitnya dengan kerja kala ke Bandung baru-baru ini.

Hendak dijadikan cerita, saya sememangnya tidak merancang percutian ini terlalu lama..Sekitar bulan Disember yang lalu,sekadar membelek-belek apss Air Asia di phone saya..Sahaja melihat-lihat harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung...Terlopong seketika mulut saya tatkala saya melihat total cost penerbangan tersebut bagi 3 orang dewasa hanya RM567 pergi balik serta pilihan tempat duduk dan check in baggage 15kg seorang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur...Namun saya tidak memilih check in kala pergi.Atas nasihat teman saya yang merupakan seorang pramugari Air Asia juga, dia menasihati saya agar meletakkan barangan yang mengandungi cecair ke check in baggage agar tidak mendatangkan masalah dengan hand carry luggage yang mengandungi cecair dimana biasalah, dengan set pencuci muka lahh...perfume lahh...dan  pelbagai lagi yang berkaitan dengan wanita..Maka saya terus ke KL Sentral dimana terletaknya Pusat Khidmat Pelanggan Air Asia yang amat memudahkan kerja saya..Disana saya membuat keputusan untuk membeli hanya 1 check in 15kg baggage sewaktu pergi dan menambah lagi 25kg untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur nanti menjadikan total yang boleh dibawa pulang nanti aialah 15kg (ibu saya) 15kg (suami saya) dan 40kg (saya) bersamaan 70kg!!

Lagi kejutan yang tidak dijangka, seorang client saya yang bakal melangsungkan majlis sekitar pertengahan tahun ini tiba-tiba memberitahu saya bahawa dia dan keluarga turut akan ke Bandung pada tarikh yang sama dan akhirnya kami menaiki flight yang sama pada hari yang sama dan membuat keputusan untuk bertemu di Pasar Baru, Bandung keesokkan harinya setelah selamat sampai dikota tersebut.Kebetulan client saya, Faten dan keluarga turut ingin mecari material bagi majlis perkahwinannya nanti.Faten meminta pertolongan saya untuk sesi pemilihan fabrik dimana saya dipertanggungjawabkan bagi mereka dan menghasilkan 2 persalinan untuk majlis akad nikah dan resepsi setelah selesai majlis akad nikah.
Setelah selesai dengan tugas memilih fabrik buat Faten, kini tugas seterusnya memilih fabrik untuk diri sendiri dan collection untuk rangkaian BeauGLam by Nina Hassan Dan tugasan itu selesai kira-kira jam 4 petang waktu Indonesia.Bayangkan seawal 9 pagi sampai di Pasar Baru tersebut...7 jam di sana tidak terasa kerana keasyikan dikelilingi fabrik yang pelbagai dengan tawaran harga yang amat-amat memuaskan...

4 hari 3 malam di Bandung bermula hari Isnin dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari khamis, aktiviti saya,suami dan ibu dihabiskan dengan menikmati makanan yang terdiri daripada masakan Padang di Simpang Raya, masakan Sunda di Restoran Bandung Seri Sunda dan juga Western food di  Restoran Pasadena yang wajib dicuba bukan hanya rasa yang enak, malah harga yang sangat-sangat berpatutan.Juga kali ini saya berkesempatan menikmati all time favourite street food iaitu Singkong dan Keju (Ubi kayu dan Keju)...Last trip saya ke Bandung pada tahun lalu membuatkan saya terinbgat-ingat akan makanan yang sangat simple tapi sedap and unexpected..So memang saya dari awal sudah mengingatkan pemandu saya yang petah berbahasa indonesia juga berbahasa Sunda bernama Erin agar membawa saya ke gerai yang menjual Singkong dan Keju tersebut.Enak dinikmati panas-panas..Ubi kayu yang sangat lembut didalam dan digoreng sehingga garing diluar dengan keju dan ditaburi lagi serbuk keju diatas ubi kayu yang panas baru dimasak..Nyummm!Juga saya berkesempatan menikmati Murtabak Asin kerana disana terdapat Murtabak Manis dimana dengan pilihan perasa seperti chocolate,pisang dan pelbagai lagi...manakala Murtabak Asin terdapat dalam dua pilihan Ayam dan Daging...Juga sangat enak dinikmati panas-panas!Lembut dan garing diluar...Something Different!

Saya sempat ke Puncak Dago dan menikmati makan malam di Sierra Cafe serta menikmati permandangan malam yang cukup indah seluruh kota Bandung tersebut.Turut ke Factory Outlet yang terletak disekitar Jalan Dago dan Riau. Ini amat memudahkan kerana kami tinggal di Galeri Ciumbuleuit Hotel & Apartment dan tidak mengambil masa yang lama untuk ke destinasi membeli-belah.Rumah Mode, Bali Heaven, Heritage antara Factory Outlet favourite saya!Juga saya berkesempatan menjengah  ke Bandung Trans Studio..Namun tidak berpeluang bermain didalam taman tema tersebut kerana terdapat perkara lain yang hendak dilakukan.Walaubagaimanapun, membeli-belah di Bandung Super Mall yang terletak bersebelahan dengan Trans Studio amat menakjubkan!Mall yang ala-ala Pavilion Kuala Lumpur itu terdiri daripada pelbagai butik berjenama mewah dan tempat makan yang berbagai pilihan.Juga sempat ke Mall Paris Van Java cuma kali ini, saya tidak mendapatkan apa-apa dari mall tersebut mungkin kerana lebih excited ke Bandung Super Mall barangkali..

Aktiviti shopping and dining merupakan aktiviti utama sepanjang berada di kota Bandung ini...Hanya sediakan jutaan IDR (Indonesia Rupiah) and you'll definately fall in love with this place for sure!

 Sunda Food at Bandung Seri Sunda Restaurant 
Must try!Gurame (Deep Fried Dancing Fish) and Sup Bontot (Oxtail Soup)
 My Tenderloin Special  Steak at Pasadena Western Food Restaurant

 Having my breakfast at the Galeri Ciumbuleuit Hotel & Apartment

 Dinner at Sierra Cafe at the puncak
Salmon Teriyaki Bento Set & Strawberry+Pineapple Juice
 Mum having dinner at Sierra Cafe
 Our Padang Food at Simpang Raya Restaurant
 Bandung Trans Studio
 The Entrance
My breakfast buffet at the hotel restaurant
Toasted bread + Sunny side up + Parsley Potatoes + Buttered Chicken +
Beancurds + Tempe Goreng

 Material + Colour Selection for next collection and ready for the bride-to-be!
Get yours!
 The Lacey Lace!

Ok sampai disini entry saya buat kali ini...Harap perkongsian coretan jelajah ke kota Bandung,Indonesia kali ini dapat memberi manfaat kepada readers diluar sana dan saya akan berkongsi lebih lagi info-info dan update di entry yang akan datang...Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Next Collection & Fashion updates...
Like FB BeauGLam by Nina Hassan and spread to the world!

Berkasih sayang selama-lamanya.....

Love,

NH