Sunday, November 18, 2012

Kesinambungan Tunangan..'Passport' dan Kesudahannya.....

Kesinambungan entry terdahulu...Cerita tentang persiapan...pertunangan dan passport nya....

Ya..saya suka berkongsi...Tujuannya disini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak bukan juga menyindir sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan cerita..Saya sememangnya gemar berkongsi cerita..Cerita yang berfakta..Yang benar-benar terjadi..bukan sekadar rekaan.Namun diatas sebab-sebab tertentu saya harus edit here and there agar cerita itu nampak tidak menyasar kepada sesiapa..nampak lebih general..
Kadang-kala apabila bertemu teman lama,pelbagai cerita dikongsikan...Maka dari situ la saya mendapat sumber-sumber cerita dan pengalaman tersebut...

Bertemu dengan seorang teman lama, cerita punya cerita..ada seorang teman kepada teman dan kepada temannya..(bearapa ramai teman daaaa...heheheh!)Kisahnya...Melangsungkan majlis pertunangan dengan sederhana gilang gemilangnya...Segalanya  indah pada ketika itu..Dan masa terus berlalu...rupanya kini sudah bertunang hampir 2 tahun lamanya...dan disaat-saat akhir moment menjadi pasangan tunangan..Impian yang dibina bersama lebur begitu sahaja...Sememangnya jodoh, ajal dan maut ditangan-Nya namun andai sudah ada bayang-bayang atau ada kalanya Tuhan juga ada memberi petunjuk, dek kerana terlalu sayang, buta mata lagikan hati..Persoalannya layak kah dia buat dirimu?Andai lamanya sehingga 2 tahun untuk membuat keputusan bagi membina masjid itu, fikir-fikirkan la wahai si gadis...alasan demi alasan..saving account masih belum cukup, kerja belum established...rumah belum ada dan alasan paling so sweet bisa mencairkan hati si gadis..kononnya hendak bahagiakan kelak selepas berumah tangga..tidaklah hidup menyewa mahupun serba kekurangan...Maka terus lah bertangguh....

Tidak boleh disalahkan juga sebelah pihak sahaja...Serahkan lah jiwa dan raganya pada gerangan si lelaki...Yang si gadis terlalu cinta dan kasih, disokong dengan passport sebagai 'Tunangan' itu...dihayak kehulur kehilir...hingga ke bilik tidur...Si lelaki bangga mendabik dada mengusung si anak dara seorang itu..Maklumlah,si gadis bukan calang-calang cantik dan berpendidikan...Namun sayang, cantik dimata, tidak dihati...Berpendidikan dari segi akademik, bukan dari segala hal...Membawa si gadis ke jalan yang sepatutnya dari awal ditentukan simpang dan penghujungnya...

Cinta, nafsu dan berpegangkan status 'Tunangan'...2 tahun bersama, lama-lama si lelaki mula terasa bosan...muak pula..'makan' benda yang sama selama hampir 2 tahun...Mudah pula mendapatkannya...Buat apa dibuat isteri detik hati si lelaki..Nanti nak diteruskan lagi berpuluh tahun selepas kahwin andai jodoh mereka panjang...Membuatkan si lelaki mula terfikir dan terus berfikir...Yang si gadis itu tidak sedar lagi...masih berpaksikan kasih dan sayang...Sangkanya inilah lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga....yang bakal mengemudi bahtera yang bakal dibina...Ternyata itu silap besar!

Akhirnya si lelaki mula bikin hal...Apa ada hal..?Tunang sahaja..bukan nak kena ke mahkamah untuk memutuskan ikatan tersebut...Paling berat pun menghadap muka si ibu dan bapa gadis tersebut...pulangkan la apa yang patut...Terang-terangan ibu dan bapa gadis tersebut tidak tahu menahu apa yang terjadi antara mereka selama 2 tahun menjadi pasangan tunangan...Hanya mereka yang  tahu...Si lelaki tersenyum bangga...si gadis meratap pilu...maruah tergadai...segala impian lebur berkecai....

Itu la yang saya fikirkan, terdetikjuga dihati saya..Jika majlis pertunangan atau istilah tunangan itu disalah gunakan..atau ilmu itu tiada didada.. Inilah yang terjadi...Sekali lagi saya nyatakan PASSPORT itu digunakan...Bukan sahaja maruah diri tergadai..keluarga juga terkena tempiasnya..mana kan tidak..saudara mara yang hadir di majlis pertunangan tersebut tertanya-tanya..Bila langsungnya...dan itu satu hal...yang si gadis..??Nasi telah pun menjadi bubur..Menyesal..keluar air mata darah sekalipun, merayu juga pada si lelaki...Ohhh senang jawabnya...Cinta dan Sayang sudah tiada...lebih memilukan, servis itu telah bertukar tangan...beralih pada gadis lain....

Namun tidak la semua mengalami situasi seperti yang saya kongsikan bukan..??Ada yang sememngnya tiada jodoh antara mereka...telah tertulis oleh-Nya mereka bukan dicipta untuk bersama...Maka yang itu, terimalah dengan redha... Berharap agar apa yang saya kongsikan pada entry kali ini dapat dititip dengan sedikit kesedaran juga lebih berwas pada buat gadis-gadis diluar sana....Sayang boleh, Cinta juga harus ada tersemat dihati, Namun simpan sedikit kepercayaan pada pasangan untuk masa akan datang...kerana kita tidak pasti our future...Pelbagai kemungkinan....

Sampai disini dulu perkongsian cerita Tunangan..Passport dan Nasib Si Gadis itu....
Happy Sunday!Enjoy our weekend...

NH.




Sunday, November 11, 2012

Perkahwinan...Pertunangan dan Passport nya...Ada cerita disebaliknya.....

Salam Everyone....

Its been a long..A very long holiday from blogging and updating my blog.Oh rinduuunyaaa...Apakan daya, kesibukan yang melampau menjadi penghalang untuk mengemaskini blog dan juga FB..Basically, this is my first blog updated for November 2012 and owhh maiiii...!!!I've got lots of things to be update but that's the point..I'm super duper busy for this entire of November & December..Clients Wedding...Family members Wedding...Friends Wedding...And the Bridal Gown...The bride's maid dresses...dan juga tetamu jemputan juga tidak ketinggalan...

Baru sebentar tadi saya pulang dari menghadiri majlis perkahwinan sepupu sebelah suami di Bangi Golf Resort...Majlis yang sederhana namun penuh bermakna...Simple but i love the ambience...surrounded by lovely family members...all the cousin's...aunties..uncles...nieces..nephews..yang dah bertahun tak berjumpa pun dapat ditemui  didalam majlis ini..Pelbagai cerita dikongsi..Seronok...
Dimajlis ini barangkali tiada persandingan, hanya makan beradab dikalangan kedua mempelai dan keluarga terdekat...Namun apa yang saya suka akan majlis ini, kedua mempelai berpeluang turun ke bawah, dan berjalan dari meja ke meja dan memperkenalkan suami beliau yakni ahli keluarga baru kepada saudara mara dan juga teman-teman serta tetamu yang hadir.Secara tidak langsung, saya dan suami dapat mengucapkan ucapan selamat pengantin baru personally kepada mempelai..

Mempelai turut anggun dengan persalinan dari bahan Songket dan Lace dalam warna berani dan berahi iaitu merah..Ohh tidak pula saya berkesempatan bertanyakan hasil sentuhan dari butik mana...Hehehe!Tidak mengapalah...asalkan mempelai tampak cantik dan anggun dihari bahagia mereka dan yang paling  penting..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat mereka...Insyallah...

Hidangan makanan juga tidak kurang hebatnya..Dihidangkan secara buffet...Nasi Minyak dengan lauk pauk seperti  Ayam Masak Merah..Daging Rendang..Pajeri Nenas, Acar sayur dan terdapat juga Kambing Golek/Bakar serta pemanis mulut seperti ABC..Cendol..kuih muih seperti Apam Polkadot turut terhidang...
Duduk berborak dengan saudara mara..sedari masa hampir jam 3 petang dan masa untuk saya dan suami beransur pulang..

Berbalik kepada cerita saya dan tempahan-tempahan sekitar hujung tahun...Alhamdulilah..ada yang telah diserahkan kepada pelnggan dan ada yang masih menunggu masa untuk fitting session...Dan tidak kurang juga..Ada bakal mempelai yang telah menyerahkan fabrik indah mereka biarpun majlis mereka bakal dilangsungkan pada pertengahan tahun 2013...Saya kagumi akan mempelai yang penuh bersedia ini...Majlis perkahwinan memerlukan persediaan yang rapi...And if possible, please do a Checklist...Bercerita tentang persediaan...Ya! Saya ada cerita yang berkaitan...Heheheh!

Majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng atau mudah...Ia memerlukan persediaan yang cukup rapi juga memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal bukan sahaja buat si pasangan bakal mempelai sahaja...juga seluruh ahli keluarga...Silap hari bulan, boleh jadi majlis tertunda..malah lebih teruk lagi andai terus terbatal....Ini bukan omongan kosong...sebaliknya pernah terjadi dan tidak mustahi ial boleh terjadi kepada sesiapa sahaja..Namun, Ya Allah...minta simpang dan dijauhkan lahh....

Ada sesetengah pasangan mempelai, bila ditanya...sudah bertunang?Ya sudah...Namun bila ditanya..Bila langsungnya? Jawapannya...Entah laaaa..Tak sure lagi...Tak tau lahh....Aikkk???Terpinga saya dibuatnya....
Ada juga cerita dari teman ke teman...Hahaaa...Majlis pertunangan berlangsung dengan gilang- gemilang..Pakaian head to toe....all designer made..Canopy keliling rumah..Caterer juga bukan calang-calang pilihannya... Namun bila ditanya bila agaknya majlis pernikahannya....Jawab si pasangan lelaki nya selepas hampir sebulan majlis pertunangan mereka selesai langsung..."...Entah laa...tak nak fikir laaa...tengok la macam mana nanti."..Whattt???You must be kidding man!
Itu lah terjadi apabila dari sudut pandangan saya, knowledge dan konsep Bertunang disalah tafsir atau disalah guna...Ya, ada sesetengah yang menjadikan fungsi 'tunangan' itu sebagai 'passport' ....

Ahhaaa....dari cerita majlis perkahwinan ke persediaan...Checklist hingga membawa ke konsep bertunang...Akan saya kongsikan di entry akan datang...Tak mahu stress-stress...Hahaaa...!!Esok didalam schedule saya terdapat beberapa appointment dengan clients...Bermula jam 9 pagi lagi pula tuuu...Maka saya memerlukan beauty sleep saya agar minda lagi segar dan dapat produce better ideas untuk hari mendatang...Heheheeh!!!

Insyallah bertemu di entry akan datang dan sambungan cerita persediaan,checklist,pertunangan dan passport nya...
Selamat memulakan hari Isnin dan tugasan, moga minggu ini lebih produktif dari minggu-minggu yang lalu..

NH.