Sunday, October 5, 2014

Plus Bazaar! And FluffyLush review...

Hello-ooo and this is another update for our lil' sister label

FluffyLush Plus - Designer Ready-to-wear for Plus Size Women
Basically design atau collection yang dihasilkan by our Fashion Designer, NINA HASSAN untuk fashion label FluffyLush merupakan dalam kuantiti yang terhad untuk memastikan koleksi lebih exclusive dan jaminan kualiti yang terbaik disamping masih mengekalkan harga mampu milik untuk Plus Sizer diluar sana dimana price as below as RM100!

FluffyLush gemar bermain dengan warna dan corak. Dan rekaan terkini, penggunaan fabrik seperti Printed Chiffone dalam pelbagai warna dan juga cetakan corak seperti Aztec dan pelbagai lagi menjadi tumpuan dalam menghasilkan Chiffone Kimono Top with Fishtail.

Selain itu, fabrik Satin Silk dihasilkan melalui rekaan Kimono Top with Ribbons/Sash agar suatu rekaan dapat dipelbagaikan dan mudah untuk disuai padan.

Fabrik seperti Italian Crepe dalam rona lembut seperti Mint Green, Champagne, Nude, Dusty Pink juga dihasilkan melalui rekaan Loose Fit Top dimana juga mudah disuai padan dengan celana atau Jeans juga skirts untuk acara yang lebih formal.

Rekaan dari FluffyLush juga mesra pelanggan dimana juga menitikberatkan aspek aurat buat hijabista diluar sana.
Owhh excited bukan?
Kesemua rekaan dan koleksi terbaru ini boleh didapati dan bakal dibawa secara exclusive di :

PLUS BAZAR
11th & 12th OCTOBER 2014 ( SATURDAY & SUNDAY )
TIME : 11am till 9.30pm
VENUE :LEVEL P1, POP AT THE SCHOOL, JAYA ONE, PETALING JAYA, SELANGOR.
BOOTH : 50-S


Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi : +6016 7170338 atau email ke fluffylushmalaysia@yahoo.com

Juga boleh follow di Instagram : fluffylushmalaysia

dan LIKE di FB Page : FluffyLush Plus - Page

So apa lagi???? Save the date! And meet us there! We can't wait! Ayuh semua Plus Sizer.. Ini lah masanya dimana semua label-label terbaik Plus Size bergabung dan bersatu dibawah satu bumbung! Yang pasti, It's BIGGER, BETTER AND SEXIER!




Jumpa lagi lain entry!

-NH-

Salam Aidiladha 2014/1435H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak BeauGLam by Nina Hassan & Team ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 2014/1435H kepada seluruh umat islam yang menyambut hari yang mulia ini diseluruh dunia. Semoga pengorbanan, amalan dan ibadah kita diterima ALLAH S.W.T
Sambutlah Hari Raya ini dengan keberkatan dan keceriaan bersama keluarga yang tercinta.




Ingatan tulus ikhlas dari kami.




Wednesday, September 17, 2014

Hello Year End.. Hello to Wedding Bell....

Salam and Hello Wednesday!

September berlalu dengan pantasnya. Diam tak diam terasa baru lagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan kenangan kunjung-mengunjung, rumah terbuka dan juadah yang enak-enak masih segar didalam kotak memori. Kini kesibukan mula melanda dengan tempahan bagi Hari Raya Haji yang bakal kunjung tiba pada 5hb Oktober 2014 ini.

Rezeki dari-Nya.

Perkahwinan juga tidak kurang hebatnya. Wedding! Yes! Its Wedding Bell! Penghujung tahun bakal melabuhkan tirainya dan ramai bakal mempelai merebut peluang dan ruang cuti sekolah dan cuti hujung tahun bagi meraikan hari bahagia mereka.
Oleh itu, di BeauGLam by Nina Hassan and team mengalu-alukan kedatangan bulan indah ini. Kami semakin seronok bermain dengan fabrik-fabrik seperti Lace, Chiffone, Crepe Silk, Net dan juga batu Swarovski serta  manik-manik jemeki yang berkilauan.
Bagi yang mengimpikan busana indah dengan perincian Sequins, inilah masanya menyerlah dan bersinar!
Bukan sekadar dress dari fabrik sequins, malah kurung moden, kebaya juga turut mengambil tempat dan menyinar. Shine Bright Like a Diamond!

Kepada bakal mempelai yang bakal mendirikan mahligai indah, barangkali masih tercari-cari pereka fesyen bagi mereka busana indah bagi hari bahagia anda nanti, pastikan impian anda direalisasikan dan kami sedia menerima tempahan bukan sekadar busana buat pasangan pengantin sahaja, malah kami menyediakan khidmat mereka dan tempahan eksklusif kasut, rekaan dan tempahan buat pengapit atau gadis pengiring atau ada yang menggelarkan mereka sebagai dayang-dayang. Malah tempahan berkumpulan lebih menjimatkan dimana kami bakal memberikan potongan harga / diskaun tambahan bagi tempahan melebihi 3 pasang. Yes!

Jangan lupa selain itu, jika anda memerlukan Bridal Make-up atau Henna Artworks to your door step,
juga boleh hubungi kami di talian +60167170338 atau emailkan sebarang pertanyaan atau info ke beauglam_kl@hotmail.com

Untuk maklumbalas yang lebih cepat boleh juga berkomunikasi dengan kami di FB Messenger dan LIKE page kami di
 https://ms-my.facebook.com/pages/BeauGLam-by-Nina-Hassan/115002101862981
Juga boleh Follow di Instagram kami : @beauglambyninahassan

Bagi bakal pengantin yang berada diluar kawasan Kuala Lumpur seperti di Johor Bahru dan Singapore,
tiada masalah untuk mendapatkan khidmat kami. Set the date and meet our Designer! 
And InsyaAllah there will be our 2nd showroom in Johor Bahru soon! *wink*

Till we meet at the next entry!
Have a productive day ahead and happy working!

-N.H-

Happy Malaysia Day - 16 September 2014

Salam...
Selamat Hari Malaysia! 16 September 2014
Disini lahirnya sebuah cinta....

Pihak BeauGLam by Nina Hassan and team ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia...
Semoga Malaysia kita kekal aman damai, makmur, dan dilindungi oleh-Nya.



-N.H-

Sunday, August 24, 2014

Raya 2014 with BeauglamRaya....

Assalamualaikum and Helloooo-ooo Weekend everyone!

Ahhhaaaaa....
Masa untuk update & upload! Dan minggu terakhir syawal baru berkesempatan mengemaskini atau kini lebih mudah dengan diberi hashtag #throwback atau #latergram
Heheeee! 
Koleksi gambar ini antara yang dikirim oleh clients dan juga antara yang sempat di-edit dan sempat saya upload buat entry kali ini.
Untuk pelbagai lagi koleksi gambar yang telah dimuatnaik sila follow instagram kami @beauglambyninahassan



 Cu Muna looking Fabulous in Made-to-measure BeauGLam by Nina Hassan 
Champagne shade French Crepe Top with Roses Embroidery Lace Skirt
 @sitimariahali wearing made-to-measure BeauGLam by Nina Hassan
 Fiery Red Prada Lace Kurung Modern with Silk Crepe Skirt in bronze colour.
 @tinie_ali with her cute lil' Princess Qiesha in BeauGLam by Nina Hassan and BeauGLamxKids

T
@tinie_ali Mix and Match her made-to-measure BeauGLam by Nina Hassan Pastel Pink Tiered Peplum with her own Batik Sarong.
Simply gorgeous!


Till we meet again di entry yang akan datang! Salam manis, Salam Lebaran.
-NH-


Friday, August 22, 2014

22.08.2014 - Hari Ini Dalam Sejarah.....

Assalamualaikum and Hellooooo everyone!

It's been a long time! Phewwww!
Pelbagai peristiwa yang berlaku didalam negara kita Malaysia yang tercinta ini. Begitu juga lah kehidupan seharian saya. Ada ups and down. Faktor masa juga menjejaskan masa untuk berblogging! ok fine, jangan salahkan masa, salahkan diri sendiri..heheheh!

Di entry dan kesempatan ini, belum terlambat rasanya untuk saya dan team BeauGLam by Nina Hassan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh umat Islam yang menyambut juga terutamanya buat keluarga, teman-teman dan pelanggan-pelanggan kami.
Dikesempatan ini, kami ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan dan keampunan.
Semoga Hari Raya 2014 kali ini lebih bermakna dan memberi seribu satu kenangan yang terindah buat anda semua.



Disini juga ingin saya meluahkan rasa simpati dan ucapan takziah buat ahli keluarga yang terlibat didalam tragedi MH17.
Sempena dengan hari ini, 22.08.2014 - Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena menyambut kepulangan jenazah/mendiang mangsa tragedi MH17.
Alhamdulilah, akhirnya dipermudahkan-Nya setelah Malaysia melalui detik-detik hitam dan pelbagai dugaan dimana juga MH370 yang hingga kini terus menghilang tanpa sebarang petunjuk. Hanya pada-Nya kita berdoa dan memohon agar dipertemukan dan memberi jalan penyelesaian dan nokhtah dalam pencarian MH370.

Sesungguhnya ini adalah dugaan yang bertimpa-timpa buat negara dan ayuh kita rakyat Malaysia bersatu tidak kira agama dan bangsa, bersatu menghadapi dugaan ini dan terus berdoa dan berharap agar dipermudahkan dan menemui jawapan yang pasti suatu hari nanti.

Marilah kita mengambil beberapa minit dan berdoa pada hari yang bakal mencatat sejarah dalam negara kita ini dengan bacaan suarh Al- Fatihah....
Semoga roh mereka dicucuri rahmat....


Ameen.

-NH-


Friday, December 13, 2013

Hello-oo! Hello-oo! Anouncement!


 Assalamualaikum and Hellooo-ooo....

Awesome Friday from Johor Bahru! Yes i am in Johor Bahru! Again! And the good news, i'm extended my stay untill this Monday ( 16th December 2013 ) and will be back in Kuala Lumpur starting Tuesday ( 17th December 2013 ) So, those looking for fabulous wedding gown, bridal attire or for your engagement ceremony, please do not hesitate to contact us! Set your appointment dear all Johorean and Singaporean!The Designer is around in Johor Bahru!


Contact us at +6016-7170338 ( Call/ imessage /Whatsapp )

Or Drop your email at beauglam_kl@hotmail.com

Love..Love..Love...

NH.

Sunday, October 20, 2013

Hey October! Hey Bride-To-Be! Hey The Bridesmaid!

As-Salam & Super Sunday!

What's up visitor? Owhhh lama sungguh tidak berkesempatan untuk meng'update' aktiviti terkini memandangkan penghujung tahun bakal kunjung tiba.Bercerita tentang penghujung tahun, sudah pasti semua dapat mengagak dan meneka...Yes! Wedding bell's are ringing...Yes! Yes!
Bukan sekadar tempahan untuk mempelai sahaja, malah untuk si manis pengapit mahu jelitawan sebagai pengiring atau ada yang menggelarkan mereka sebagai gadis mengangkat dulang juga lebih glamour dengan panggilan 'The Bridesmaid' tidak terkecuali..Semua ingin kelihatan cantik..anggun dan menawan dalam rekaan yang minimal namun tampak anggun dihari bahagia orang yang kita raikan dan sayangi..
Juga tidak terkecuali dengan ahli keluarga mempelai. Ibu, kakak, adik, kakak ipar, adik ipar turut serta menawan dengan rekaan yang bersesuaian.

Untuk entry kali ini, pada yang telah LIKE page BeauGLam by Nina Hassan di Facebook kami, mungkin anda telah terlebih dahulu melihat rekaan-rekaan seperti dibawah.Namun bagi yang baru mengunjungi blog kami, ini adalah sebahagian dari rekaan yang sempat saya compiled dan muat naik dilaman sosial rasmi kami untuk tatapan umum. Seperti biasa, ada beberapa helaian rekaan yang terpaksa saya simpan untuk simpanan peribadi dimana saya menghormati permintaan clients agar tidak dimuat naik dilaman sosial.Ini kerana sebahagian dari polisi kerja saya adalah to respect our clients privacy dan saya juga memohon kebenaran dari empunya diri sebelum dikongsikan dilaman sosial.Dan juga beberapa lagi helaian rekaan saya yang masih dalam proses yang mana bakal saya kongsikan di entry akan datang InsyaAllah...


Dress rekaan berpotongan bias dari material Crepe Silk warna nude diberi sentuhan Patch-work dari material French Lace berwarna hitam dan sentuhan perincian seperti batu dan manik jemeki juga dari warna hitam dan woody brown bagi menyerlahkan perincian pada dress ini.


Rekaan Peplum dari material jenis Beaded Chiffone dengan Crepe Silk warna Pastel-Blue diberi sentuhan perincian dibahagian leher dengan manik juga pearls dan velvet waistband sebagai pelengkap rekaan ini.

Tiered-Peplum dari material Chiffone Silk warna Pastel-Turqoise digandingkan dengan Songket Tenun Multi-coloured
diberi perincian indah dibahagian bahu dan pinggang dengan jahitan manik dan pearls dari warna campuran dari warna Songket. Juga deretan butang sebagai tarikan dibahagian belakang.
*Gambar ihsan dari Dr.Aida (Instagram) Terima Kasih.

Tips:
Masih tercari-cari rekaan yang bersesuaian? Pastikan bentuk tubuh badan anda sesuai dengan jenis material dan rekaan. Atau hubungi pereka yang anda percayai bagi mendapatkan khidmat nasihat sebelum membeli material agar tiada penyesalan dengan pembelian tersebut.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan tempahan/rekaan/temujanji, sila hubungi +6016 717 0338 atau E-mail ke beauglam_kl@hotmail.com 
Juga komunikasi bersama kami di Page Facebook BeauGLam by Nina Hassan 
atau Follow di Instagram kami @beauglambyninahassan

Moga bertemu dilain Entry!
Have a great weekend and Enjoy your relax-day!

Nina Hassan

Saturday, July 13, 2013

Updated! Wedding Wedding!

As-Salam dan Salam Ramadhan AL-Mubarak...

Ohhh agak lama juga tidak berkesempatan meng'update' info dan perkembangan semasa saya.Well apa yang boleh saya katakan, The Busy-ness!Yes! Terasa cepat benar masa berlalu, sedari atau tidak, hari ini telah masuk ramadhan ke-4 dan ia berlalu dengan begitu pantas.Dan ya!Baju-baju raya clients juga mula menghampiri penghujung.Sememangnya kini saya lebih fokus pada proses pengakhiran seperti kerja-kerja patchwork, beadwork dan Insyallah minggu hadapan , kesibukan menghampiri tahap maksima dimana semua tempahan untuk raya akan di release juga final fitting maka bertambah lagi kesibukan itu tetapi itu bukan alasannya kerana saya sememangnya suka berada didalam keadaan yang dipanggil adrenaline rush ini.Juga mengisi masa dibulan puasa ini.Terasa lebih pantas masa itu berlalu.

Mungkin agak terlewat untuk memuat naik beberapa gambar sekitar majlis pernikahan dan persandingan clients, walaubagaimanapun saya tetap ingin berkongsi memori indah clients saya didalam persalinan sentuhan dari BeauGLam by Nina Hassan. Antara majlis yang sempat saya hadiri adalah majlis persandingan Faten dan Muzammil yang berlangsung pada 15hb Jun 2013 di Royal Bintang Hotel, Damansara.Terdapat juga beberapa majlis yang tidak sempat saya hadiri dek kerana kekangan masa dan jarak kerana terdapat juga client dari Johor Bahru iaitu Faezah & Pasangan yang melangsungkan majlis pernikahannya pada 22hb Jun 2013 yang lalu dan masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat mempelai-mempelai yang mendapatkan khidmat dari BeauGLam by Nina Hassan.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Bagi majlis Faten & Muzammil, sebagai seorang pereka fesyen, saya bertanggungjawab menghasilkan 2 helai persalinan bagi majlis akad nikah dan resepsi persandingan dimana saya dan Faten sekeluarga telah mencapai kata putus untuk menghasilkan sehelai dress warna Amethyst Purple dari material chiffone yang dipadankan dengan tulle atau net lembut yang disulam penuh dengan batu dan pearls dalam rekaan kebaya moden agar mudah disuai padan atau mix and match. Juga diatas permintaan Faten agar rekaan untuk majlis persandingan beliau tidak terlalu sarat dan mudah disuai padan atau masih boleh digayakan selepas majlis perkahwinan.Maka, flowy chiffone dress dihasilkan dan ternyata andai Faten menanggalkan Kebaya Moden diluar tersebut,simply grab a clutch bag juga mencari padanan hijab yang sesuai dan dress ini  sesuai digayakan bagi menghadiri jamuan makan malam atau acara khas yang lain.Dan ya!Kami telah mencubanya sewaktu fitting session dan ternyata it's work!Gorgeous yet practical..That's the keyword!

Manakala persalinan buat majlis akad nikah pula, gabungan tulle atau net lembut yang disulam penuh dengan pearls & tatahan batu Swarovski dipadankan dengan silk chiffone berpotongan bias memberi ilusi dreamy-flowy sesuai buat majlis suci seperti akad nikah yang berlangsung di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Saya turut mereka selendang dari fabrik silk chiffone dengan perincian manik dan pearls juga menggunakan batu Swarovski penambah seri yang dijadikan hijab.

Disini saya muat turun beberapa gambar disekitar majlis yang berlangsung dan untuk melihat dengan lebih dekat dan terperinci, boleh melawat atau follow Instagram  ---> instagram.com/beauglambyninahassan

Selain dari itu, sepasang kasut custom-made turut saya hasilkan buat padanan helaian bagi resepsi persandingan akan saya muat naik pada next entry. Juga hasil sentuhan Henna Artist yang mereka corak inai secara ekslusif yang kini terdapat didalam servis di BeauGLam by Nina Hassan yang akan saya muat naik di entry akan datang..Insyallah.


 The Bride in Amethyst Purple Silk Chiffone Dress + White Pearls Tulle Modern Kebaya
 
The Designer Nina Hassan with the gorgeous bride

Lovely Couple- Faten & Muzammil
(picture taken from the bride)
 Another solemnization attire made by Nina Hassan- White Pearls Tulle with Silk Satin & Chiffone
with beaded and pearls selendang use as hijab in white
(picture taken from the bride)

Untuk enrty kali ini saya akhiri dengan Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa bagi seluruh umat Islam moga ibadah kita diterima oleh-Nya dan diberkati..Insyallah.

Moga bertemu di entry seterusnya.

NH.

Saturday, April 20, 2013

Media Coverage!

As-Salam...

Entry kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman yang amat saya hargai dimana saya diberi peluang muncul didalam sebuah rancangan yang mengetengahkan tentang isu fesyen dan menampilkan barisan pereka fesyen yang terpilih iaitu rancangan Ilham Busana- Nuansa Aidilfitri yang bakal disiarkan sekitar bulan ramadhan tahun 2013 ini untuk saluran RTM.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat BUMIPUTERA DESIGNER ASSOCIATION (BDA) diatas peluang dan laluan yang diberikan sebagai platform bagi independant designer seperti saya,melangkah setapak lagi kehadapan dengan tampil didalam rancangan tersebut.
Rancangan yang dikendalikan sepenuhnya oleh sorang pereka bagi setiap slot selama setengah jam itu benar-benar memberi saya suatu pengalaman yang mungkin biasa-biasa bagi sesetengah orang namun amat luar biasa bagi saya manakan tidak, menjadi hos dan menerangkan setiap inci rekaan bersama model yang saya tampilkan seperti biasa - Amna Jahangir juga model yang saya tampilkan dalam siaran buat Selamat Pagi 1 Malaysia yang lalu.

Untuk rancangan ini, setiap pereka diberi tema yang berbeza.Dan saya diberi tema Fesyen Hari Raya buat wanita yang berbadan gempal atau Plus Size....Ahaaaa....!Again! Yes! Sekali lagi saya diberi tema untuk Plus Sizer. Saya menerima tema ini dengan hati yang terbuka.Bukan hanya saya juga empunya badan Plus Size, malah peluang ini memberi serba sedikit advantage buat diri saya sebagai seorang pereka dimana saya berkemampuan menjadi pereka serba boleh bukan sekadar mampu mereka fesyen untuk mereka yang bertubuh skinny ala model hingga yang sederhana, malah saya juga mempunyai kelebihan mereka dan menata gaya buat mereka yang bertubuh gempal atau Plus Size....This is why i love about my job!Seriously i'm blessed!

Mengimbas kembali hari pengambaraan tempoh hari, saya telah dijadualkan memulakan shoot itu sekitar jam 2 petang dilokasi Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur.Seperti yang saya nyatakan tadi, pengalaman ini memberi pelbagai tanggapan awal..Secara jujur kebiasaannya saya bukan lah yang jenis gugup sehingga tidak terkata apa-apa apabila dihadapan kamera namun shoot kali ini memberi sedikit kejutan buat diri saya dimana harus berinteraksi dengan kamera juga secara spontan. Tiada script mahu dialog diberikan. Ini yang menambah keresahan dalam diri saya dan saya akui ada berkali-kali melakukan cut apabila camera roll..Hahaahhh..Baru saya tahu bagaimana perasaan seorang pelakon yang harus beraksi dihadapan kamera tambah lagi dengan adegan menangis dan sebagainya...Saya kini lebih menghargai tugas seorang pelakon juga hos rancangan..There you go! Hahaha!Namun saya salute Mr Director diatas kesabaran beliau menanggani masalah yang saya hadapi.Dan Alhamdulilah, its a wrap apabila saya berjaya menghabiskan sesi pengambaraan itu sekitar jam 7 malam dengan 5 pasang rekaaan yang terdiri daripada Kurung Peplum dari kain jenis Chiffone, Kurung Moden diberi nafas ala kimono apabila saya menitip ilham 'obi belt' didalam rekaan kurung moden tersebut, juga Kebarung yang mungkin telah lama terlepas pandang oleh penggemar fesyen masa kini dan saya mengambil peluang ini bagi mengembalikan era Kebarung buat yang berbadan gempal atau Plus Size. Seterusnya saya ketengahkan rekaan Kaftan Moden berwarna Shocking Pink-Purple dari fabrik heavy satin bertujuan agar rekaan tampak lebih 'fall' di tubuh dan memberi ilusi lebih ramping.Juga rekaan Kaftan yang simple dengan perincian yang lebih berat di bahagian leher dalam pilihan warna dusty-maroon.

Saya turut memuat naik gambar disekitar pengambaraan yang berlokasikan Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur buat tatapan semua.. Heheee!


Disebalik tabir
Make-up & Hairdo by Rina Derina

The Designer- Nina Hassan & The Mr. Director
within intro discussion


The designer and the explanation


Ready in action with model


My model in Two-tones Black-Red Chiffone Kurung Peplum 

Repost Instagram from the make-up artist @rinaderina38
Special Thanks & She did a really great job!

Okay, enough for this entry...Will update more soon!
Untuk tempahan edisi Hari Raya masih dibuka untill further notice.But so far, 80% tempahan telah pun dimulakan.So Ladies!Hurry up! Glam-up your Hari Raya attire this year with BeauGLam by Nina Hassan.
Contact us : 016-717 0338 ( Call/Sms/Whatsapp/Viber/WeChat/iMessage ) or email us at beauglam_kl@hotmail.com

See ya at the next entry!

NH.

My favourite....

As-Salam..

Hi everyone!Entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sebuah online butik  yang harus anda kunjungi dimana saya sendiri telah membeli produk dari online butik tersebut iaitu zestyzaynor.
Dan saya amat berpuas hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan.Juga pelbagai fesyen untuk wanita dan kanak-kanak.Mengenali pemilik butik ZestyZaynor sejak dizaman persekolahan rendah lagi, saya percaya akan produk yang ditawarkan.
Shawl bercorak kuda berwarna creme- dusty purple amat menarik minat saya dan saya amat menyukai shawl ini bukan hanya kerana fabriknya yang lembut dan sejuk malah saiz shawl yang mampu membalut tubuh terutamanya kala berada didalam cuaca yang sejuk terutamanya didalam pangggung wayang.Syok sangat!Saya juga menjadikan shawl ini sebagai pelengkap gaya dan dililitkan pada tas tangan lil' Ukita Marc by Marc Jacobs saya dan saya rasa sangat cool!Juga anda boleh singgah di blog pemilik butik disini chintakami Happy Shopping!
My Lil' Ukita Marc By Marc Jacobs with ZestyZaynor Shawl

Sunday, March 31, 2013

Our Official Facebook PAGE!

As-Salam...

Happy Sunday everyone!Hallooo from Johor Bahru, Johor!Yes currently im in Jb untill this tuesday
(02.04.2013) Will going back to KL and so back with the works soon! Ahaaa! So whats'up? Lazy weekend? Or busy weekend?

Even still in holiday mode, i'd would like to share the BeauGLam by Nina Hassan
official FACEBOOK PAGE at
 http://www.facebook.com/pages/BeauGLam-by-Nina-Hassan/115002101862981

For more info and latest updates please do add us as one of your LIKE page and see you there!

NH


Wednesday, March 6, 2013

Hey! Its My Best Friend Wedding!

As-Salam

Hey!Hey!Wednesday!

Finally, done with my besties wedding!Persiapan yang hanya menelan masa lebih kurang 2-3 minggu akhirnya Alhamdulilah selamat berjalan dengan jayanya.Diantara tugas yang dipertanggungjawabkan oleh teman saya, Nena keatas saya antaranya mereka sepersalinan pakaian buat majlis akad nikah dan majlis resepsi makan malam, lukisan henna atau inai untuk majlis malam berinai dan make-up untuk kedua-dua majlis yang kesemuanya berlangsung di Kuala Selangor.

Menyiapkan 2 persalinan pakaian dalam tempoh yang singkat pada mulanya memberi serba sedikit tekanan buat saya.Namun syukur Alhamdulilah secara tidak langsung mencabar kredibiliti saya sebagai seorang Fashion Designer dan mampu berjaya menyiapkan kedua-dua persalinan dalam masa yang diberikan.
Bagi majlis akad nikah, pilihan fabrik dipersetujui oleh pihak pengantin dan juga saya.Dimana kami sepakat mendapatkan fabrik jenis French Lace dan digabungkan dengan Chiffone Silk dengan menghasilkan rekaan kurung moden dalam rona off-white...Sememangnya permintaan pengantin untuk menggayakan sepersalinan yang ringkas, minimalis and decen...That's the word!

Manakala bagi resepsi makan malam, teman saya, Nena telah membuat keputusan untuk menggayakan rekaan Peplum dari jenis Japanese Lace dengan padanan skirt yang flowy dari fabrik Chiffone Silk dalam rona berani iaitu rona Deep Purple atau ungu gelap dan disulami design bunga keemasan pada Lace tersebut.
Juga bersyukur akhirnya berjaya menyiapkan satu lagi persalinan untuk resepsi malam tersebut.

Lukisan henna atau inai ditangan dan kaki juga berjaya saya uruskan dimana sepupu saya merupakan seorang yang berbangsa Pakistani, Amna Jahangir, mahir dalam seni lukisan henna atau inai ini.Malam berinai berjalan dengan relax and fun bagi kami sebagai teman baik dan telah lama berkawan.Malam itu kami manfaatkan sebagai malam terakhir teman saya bergelar anak dara.So next, welcome to the club dear Bff! Heheh!

Dan akhir sekali, task yang harus saya selesaikan iaitu mencari make-up artist atau jurumekap dalam jangka masa yang singkat bukan la suatu tugas yang mudah.Beberapa jurumekap menolak tawaran saya  dek kerana telah ditempah terlebih awal oleh pengantin lain.Terlintas difikiran seorang teman lama yanhg saya kenali sejak dibangku sekolah, saya letak namanya disini Lululolla, punya bakat dalam merias wajah pengantin.Lantas saya hubungi dan berdebar juga mana tidaknya, teman saya ni kini tinggal di Johor Bahru.Saya terus mencuba, akhirnya teman saya berjaya mendapat cuti perlepasan dan Alhamdulilah, Lululolla juga berjaya merias wajah teman saya, Nena dan saya juga teramat bersyukur dimana Nena amat berpuas hati dengan hasil sentuhan Lululolla....Indeed!

Terasa lega yang amat panjang apabila majlis pada 02 March 2013 berjalan dengan sempurna dan jayanya.
Bukan sahaja saya menarik nafas lega sebagai seorang  Designer namun sebagai teman baik kepada pengantin perempuan, saya amat gembira dimana akhirnya, Nena dan Khairil sah bergelar suami dan isteri..Moga berkekalan hingga ke akhir hayat..Insyallah.

Disini saya upload beberapa gambar yang sempat saya edit dan yang selebihnya, saya tunggu dari photographer yang bertugas pada hari tersebut.

She's Ready..
The Bride..
Congrats Nena & Khairil!Tied the knot!
Get ready for dinner wedding reception
The Bride & Groom
Alhamdulilah, majlis pernikahan dan resepsi makan malam diantara Nena & Khairil telah selamat dilangsungkan.
Next project,will be another wedding, another designed bridal attire and let's play with Laces, Pearls and Pure white!
Also for Hari Raya edition TV shows and of course, Plus Sizes included!
So do stay tuned!

Love,
NH

Sunday, February 24, 2013

The Labels....

Salam,

I'm blessed.Seriously, syukur Alhamdulilah atas rezeki yang dilimpahi Allah S.W.T bagi tahun 2013.Pelbagai keputusan dan rencana telah saya corak dan lakukan.Antaranya saya telah mengambil keputusan bagi  mendaftar diri sebagai salah seorang ahli BUMIPUTRA DESIGNERS BDA  dimana peluang untuk memperluas dan meneroka industri ini lebih mendalam.Diharap dengan langkah yang diambil bakal memberi ruang dan peluang untuk saya mengekspresikan idea dan terus berkarya dalam bidang rekaan dan fesyen ini.

Peluang muncul di kaca TV baru-baru ini merupakan satu lagi batu loncatan sebagai permulaaan bagi tahun 2013 setelah beberapa tahun menyepi atau beralih arah seketika dan kini kembali dalam dunia yang sememangnya sebati dalam jiwa dan diri ini.Fashion Industry.
Untuk pengetahuan,selain daripada label BeauGLam by Nina Hassan sebuah lagi label dibawah designer Nina Hassan khusus buat plus sizer iaitu FluffyLush  yang ditubuhkan sekitar awal tahun 2012 yakni
kini telah mula mendapat tempat dihati peminat fesyen bersaiz Plus Size.Konsep yang dibawa oleh FluffyLush iaitu ready-to-wear lebih santai namun penggunaan fabrik dan rekaan dititikberatkan mengikut kesesuaian buat si pemilik badan bersaiz Plus Size agar selesa dan lebih berkeyakinan tinggi.

Untuk itu, FluffyLush diberi peluang muncul bagi memperkenalkan jenama dan rekaan koleksi buat tatapan penonton rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia saluran RTM1 yang bakal disiarkan tidak lama lagi.Sesi wawancara yang dikendali oleh pengacara favourite SP1M iaitu Tazneem telah berlangsung di butik teman baik saya di Publika, Solaris Mont Kiara.Rakaman dilakukan dilokasi tersebut memandangkan pada 14hb hingga 16hb Februari yang lalu, sebuah 3 days event dilangsungkan di butik Nisa Mazbar dimana jenama FluffyLush secara exclusive boleh didapati dibutik beliau dan juga di online store http://www.nisamazbar.com/boutique/catalog.php?catid=12&category=FLUFFY-LUSH-PLUS selain di official blog FluffyLush www.fluffylush.blogspot.com

 Sekitar sesi rakaman buat slot di SP1M RTM1
Nina Hassan sedang mempersiapkan model 
 Model -Amna Jahangir juga merupakan pelanggan yang berpuas hati dengan jenama FluffyLush
Host of the day!Nina Hassan bersama NisaMazbar
Teman baik dan juga rakan Designer yang sangat supportive

Will update more soon Insyallah.So stay tune!Have a productive week ahead and happy working!

Love,

NH

Sunday, February 3, 2013

It's February!

Hey! Hey! Its February! so Love called month....

1st entry for the month of February!Sekian kalinya..Lama tidak berbloging...Sedari telah masuk bulan ke dua bagi tahun 2013 ini..Pantas masa berlalu...Beberapa minggu yang lalu saya tidak berkesempatan memenuhi ruang blog ini apatah lagi menaip dan update aktiviti seperti biasa...Dua minggu lalu, saya ke Bandung, Indonesia...All time favourite shopping heaven!Especially for a Fashion Designer like me!Seriously!Any kind of materials ada dijual di Bandung..You just name it!You can get it!
So basically entry kali ini, saya nak berkongsi cerita serba sedikit sekitar percutian juga ada hubung kaitnya dengan kerja kala ke Bandung baru-baru ini.

Hendak dijadikan cerita, saya sememangnya tidak merancang percutian ini terlalu lama..Sekitar bulan Disember yang lalu,sekadar membelek-belek apss Air Asia di phone saya..Sahaja melihat-lihat harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung...Terlopong seketika mulut saya tatkala saya melihat total cost penerbangan tersebut bagi 3 orang dewasa hanya RM567 pergi balik serta pilihan tempat duduk dan check in baggage 15kg seorang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur...Namun saya tidak memilih check in kala pergi.Atas nasihat teman saya yang merupakan seorang pramugari Air Asia juga, dia menasihati saya agar meletakkan barangan yang mengandungi cecair ke check in baggage agar tidak mendatangkan masalah dengan hand carry luggage yang mengandungi cecair dimana biasalah, dengan set pencuci muka lahh...perfume lahh...dan  pelbagai lagi yang berkaitan dengan wanita..Maka saya terus ke KL Sentral dimana terletaknya Pusat Khidmat Pelanggan Air Asia yang amat memudahkan kerja saya..Disana saya membuat keputusan untuk membeli hanya 1 check in 15kg baggage sewaktu pergi dan menambah lagi 25kg untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur nanti menjadikan total yang boleh dibawa pulang nanti aialah 15kg (ibu saya) 15kg (suami saya) dan 40kg (saya) bersamaan 70kg!!

Lagi kejutan yang tidak dijangka, seorang client saya yang bakal melangsungkan majlis sekitar pertengahan tahun ini tiba-tiba memberitahu saya bahawa dia dan keluarga turut akan ke Bandung pada tarikh yang sama dan akhirnya kami menaiki flight yang sama pada hari yang sama dan membuat keputusan untuk bertemu di Pasar Baru, Bandung keesokkan harinya setelah selamat sampai dikota tersebut.Kebetulan client saya, Faten dan keluarga turut ingin mecari material bagi majlis perkahwinannya nanti.Faten meminta pertolongan saya untuk sesi pemilihan fabrik dimana saya dipertanggungjawabkan bagi mereka dan menghasilkan 2 persalinan untuk majlis akad nikah dan resepsi setelah selesai majlis akad nikah.
Setelah selesai dengan tugas memilih fabrik buat Faten, kini tugas seterusnya memilih fabrik untuk diri sendiri dan collection untuk rangkaian BeauGLam by Nina Hassan Dan tugasan itu selesai kira-kira jam 4 petang waktu Indonesia.Bayangkan seawal 9 pagi sampai di Pasar Baru tersebut...7 jam di sana tidak terasa kerana keasyikan dikelilingi fabrik yang pelbagai dengan tawaran harga yang amat-amat memuaskan...

4 hari 3 malam di Bandung bermula hari Isnin dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari khamis, aktiviti saya,suami dan ibu dihabiskan dengan menikmati makanan yang terdiri daripada masakan Padang di Simpang Raya, masakan Sunda di Restoran Bandung Seri Sunda dan juga Western food di  Restoran Pasadena yang wajib dicuba bukan hanya rasa yang enak, malah harga yang sangat-sangat berpatutan.Juga kali ini saya berkesempatan menikmati all time favourite street food iaitu Singkong dan Keju (Ubi kayu dan Keju)...Last trip saya ke Bandung pada tahun lalu membuatkan saya terinbgat-ingat akan makanan yang sangat simple tapi sedap and unexpected..So memang saya dari awal sudah mengingatkan pemandu saya yang petah berbahasa indonesia juga berbahasa Sunda bernama Erin agar membawa saya ke gerai yang menjual Singkong dan Keju tersebut.Enak dinikmati panas-panas..Ubi kayu yang sangat lembut didalam dan digoreng sehingga garing diluar dengan keju dan ditaburi lagi serbuk keju diatas ubi kayu yang panas baru dimasak..Nyummm!Juga saya berkesempatan menikmati Murtabak Asin kerana disana terdapat Murtabak Manis dimana dengan pilihan perasa seperti chocolate,pisang dan pelbagai lagi...manakala Murtabak Asin terdapat dalam dua pilihan Ayam dan Daging...Juga sangat enak dinikmati panas-panas!Lembut dan garing diluar...Something Different!

Saya sempat ke Puncak Dago dan menikmati makan malam di Sierra Cafe serta menikmati permandangan malam yang cukup indah seluruh kota Bandung tersebut.Turut ke Factory Outlet yang terletak disekitar Jalan Dago dan Riau. Ini amat memudahkan kerana kami tinggal di Galeri Ciumbuleuit Hotel & Apartment dan tidak mengambil masa yang lama untuk ke destinasi membeli-belah.Rumah Mode, Bali Heaven, Heritage antara Factory Outlet favourite saya!Juga saya berkesempatan menjengah  ke Bandung Trans Studio..Namun tidak berpeluang bermain didalam taman tema tersebut kerana terdapat perkara lain yang hendak dilakukan.Walaubagaimanapun, membeli-belah di Bandung Super Mall yang terletak bersebelahan dengan Trans Studio amat menakjubkan!Mall yang ala-ala Pavilion Kuala Lumpur itu terdiri daripada pelbagai butik berjenama mewah dan tempat makan yang berbagai pilihan.Juga sempat ke Mall Paris Van Java cuma kali ini, saya tidak mendapatkan apa-apa dari mall tersebut mungkin kerana lebih excited ke Bandung Super Mall barangkali..

Aktiviti shopping and dining merupakan aktiviti utama sepanjang berada di kota Bandung ini...Hanya sediakan jutaan IDR (Indonesia Rupiah) and you'll definately fall in love with this place for sure!

 Sunda Food at Bandung Seri Sunda Restaurant 
Must try!Gurame (Deep Fried Dancing Fish) and Sup Bontot (Oxtail Soup)
 My Tenderloin Special  Steak at Pasadena Western Food Restaurant

 Having my breakfast at the Galeri Ciumbuleuit Hotel & Apartment

 Dinner at Sierra Cafe at the puncak
Salmon Teriyaki Bento Set & Strawberry+Pineapple Juice
 Mum having dinner at Sierra Cafe
 Our Padang Food at Simpang Raya Restaurant
 Bandung Trans Studio
 The Entrance
My breakfast buffet at the hotel restaurant
Toasted bread + Sunny side up + Parsley Potatoes + Buttered Chicken +
Beancurds + Tempe Goreng

 Material + Colour Selection for next collection and ready for the bride-to-be!
Get yours!
 The Lacey Lace!

Ok sampai disini entry saya buat kali ini...Harap perkongsian coretan jelajah ke kota Bandung,Indonesia kali ini dapat memberi manfaat kepada readers diluar sana dan saya akan berkongsi lebih lagi info-info dan update di entry yang akan datang...Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan Next Collection & Fashion updates...
Like FB BeauGLam by Nina Hassan and spread to the world!

Berkasih sayang selama-lamanya.....

Love,

NH


Sunday, January 13, 2013

First entry for year of 2013....

Salam Di Tahun Baru 2013....

Pantas masa melewati hari-hari ditahun 2013 ini..13 hari dalam bulan Januari telah pun berlalu...Hampir 3 minggu tidak berblogging mahu menjenguk blog ini..Awal tahun 2013 iaitu pada 05 Januari 2013 yang lalu,saya dan keluarga dikejutkan dengan pemergian bapa mertua saya, Allahyarham Hj Hamzah Bin KM Mohd Maulabi pada usia 61 tahun dan menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 4.45 pagi.Pemergian Allahyarham sememangnya tidak diduga.Ini kerana, jika diamati entry terdahulu saya,dimajlis perkahwinan sepupu suami saya, Tazneem yang berlangsung sekitar penghujung Disember 2012, Allahyarham sempat menghadirkan diri di ketiga-tiga resepsi dan resepsi terakhir yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan merupakan pertemuan terakhir saya dengan Allahyarham.Ini kerana selepas pertemuan tersebut, saya terus terbang pulang ke Johor Bahru keesokkan pagi nya dan kembali ke Kuala Lumpur pada 03 Januari 2013 dan tidak berkesempatan menemui beliau dan pada pagi 05 Januari 2013, saya dan suami dikejutkan dengan pemergian Allahyarham menghadap-Nya.Sesungguhnya, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat saya hormati, sayangi dan sanjungi dek kerana keperibadian nya yang sangat mudah untuk berbicara, sering tersenyum dan menyenangkan.Amat disenangi pelbagai pihak.Alhamdulilah Allahyarham selamat disemadikan ditanah perkuburan islam Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur dan dipermudahkan serta lancar dengan izin-Nya.Allah S.W.T maha mengetahui.Setiap yang hidup pasti kembali kepada-Nya.

Mohon agar dihadiahi Al-Fatihah buat bapa mertua saya yang dikasihi, Allahyarham Hj Hamzah Bin KM Mohd Maulabi agar rohnya dirahmati dan dicucuri oleh-Nya.



Pemergian Allahyarham juga telah menyedarkan bahawa menghargai insan yang masih berada disekeliling kita terutamanya ibu dan bapa, pasangan hidup kita, suami atau isteri, anak-anak, adik-beradik, ahli keluarga juga teman-teman selagi mereka masih ada.Hargai dan sayangi bukan sahaja mereka, malah masa yang masih ada.Kita tidak akan tahu, siapakah yang akan pergi seterusnya?Hanya Allah S.W.T yang maha kuasa dan maha mengetahui.

Dan dengan itu juga, saya juga BeauGLam by Nina Hassan dan FluffyLush Plus berehat seketika sepanjang 2 minggu lalu dan kembali memulakan aktiviti seperti biasa bermula esok 14 Januari 2013.Sebarang temu janji boleh dihubungi di talian +60167170338 (Call/SMS/Whatsapp)

Moga bertemu kembali di lain entry dengan cerita dan perkembangan terbaru dari BeauGLam by Nina Hassan dan LIKE di Facebook BeauGLam by Nina Hassan

Love,
NH





Tuesday, December 25, 2012

Spread The Fashion & Love....Its Festive Seasons!


".. Love is in the air and spread the love...."

Yeaaa Festive and Wedding seasons mode is on anywhere and everywhere....

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu sebelah suami saya yang berlangsung di Masjid Negara pada 22.12.2012 dan majlis persandingan di Selayang Ideal Convention Centre pada 23.12.2012 manakala pada jumaat ini sekali lagi menyaksikan pasangan sepadan dua sejoli ini..Tazneem dan Zul bersanding dalam resepsi yang bakal berlangsung di Dewan Merak Kayangan Kuala Lumpur...
Buat pengetahuan dan sekadar berkongsi info, Tazneem merupakan salah seorang daripada pengacara tetap SELAMAT PAGI 1 MALAYSIA di saluran RTM1 yang sering menceriakan pagi penonton terutamanya dengan segmen pantun yang dikendalikan beliau secara spontan lagi  menghiburkan.

Berbalik kepada majlis yang telah berlangsung,untuk majlis ini,saya dipertanggungjawabkan untuk mereka busana bagi adik pengantin perempuan dan busana pengapit bagi kedua-dua majlis dimana telah berlangsung baru-baru ini dan yang bakal diadakan jumaat ini nanti.

Bagi persalinan di Selayang Ideal Convention Centre, saya telah mereka busana Peplum ditambah dengan perincian seperti batu dan manik serta mutiara menghiasi waistband dalam rona hijau pucuk pisang buat pengapit yang bernama Erin (juga adik ipar saya) manakala adik pengantin perempuan, Tahira saya rekakan persalinan potongan panel moden dipadan dengan skirt potongan mermaid dalam rona off-white dan skirt dari corak pelbagai juga rona sedondon.Bagi menyerlahkan lagi rekaan,Top tersebut ditambah dengan taburan mutiara agar menyerlahkan rekaan tersebut.Manakala susunan button at the back menambahkan lagi highlight dibahagian belakang busana...

Disamping itu, saya turut mereka sepasang peplum ala tulip buat seorang lagi sepupu kepada pengantin perempuan iaitu Sharifa yang turut hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut dengan rona baby blue namun untuk menaikkan lagi rekaan tersebut saya telah mengisi di bahagian waistband dengan lace berwarna hitam yang agak contra namun cukup menawan apabila digandingkan kedua-dua warna tersebut.Juga terdapat perincian seperti Crystal Swarovski dan tatahan mutiara.

Untuk entry kali ini, saya upload gambar disekitar majlis di Selayang Ideal Convention Centre...Happy Viewing!!

 Erin (left) in Green Peplum and Tahira (right) both in BeauGLam by Nina Hassan
Tahira posed in BeauGLam by Nina Hassan
From left-right - Erin, Tahira And Sharifa  
3Gorgeous Ladies in
BeauGLam by Nina Hassan
The Designer -Nina Hassan finally met Hanie Hamid And Hezri 
SP1M RTM1 tv presenter as host of the event after last 3 years
appearance in Selamat Pagi 1 Malaysia (SP1M) Show.
 With Mr Hubby <3 backbone="backbone" br="br" hassan="hassan" nina="nina" of="of" the="the" truly="truly">
 Us with the newly wedd- Tazneem And Zul
Congrats!
 Throwing the bouquet by the bride session
The Designer- Nina Hassan with the cousin's - Amna Jahangir And Faizal
~Part of my in law family~

To those who celebrate Christmas, NH would like to wish all of you 
Have a wonderful and joyful Christmas & Happy Holiday :)

NH.