Sunday, August 26, 2012

Bicara tentang Pengantin Chubby..Curvy..Plus Size..Hak cantik dihari bahagia itu....

Salam Buat Si Cantik yang bergelar Chubby,Curvy mahupun Plus Size......

Sering kali kita terdengar keluhan dan rintihan pemilik badan istimewa si Chubby,Curvy mahupun Plus Size tentang busana yang bakal digayakan pada hari bahagia mereka.Antaranya sukar mendapatkan saiz di butik-butik andaman/perkahwinan juga dibelenggu oleh rekaan yang bakal digayakan...Adakah rekaan didalam majalah yang digayakan oleh model itu sesuai dengan tubuh badan nya...atau soalan seperti "Benarkah jika memiliki tubuh badan yang besar/gempal tidak sesuai menggayakan fabrik dari jenis Songket takut andai kelihatan terlalu keras dan mengakibatkan tubuh nampak lebih besar....ATAU bagaimana andai fabrik chiffone digayakan?Adakah akan kelihatan segala kekurangan pada tubuh yang hendak disembunyikan...?"Dan pelbagai lagi persoalan menerjah minda kala persiapan menuju hari bahagia itu semakin berada di kemucaknya....

Andai anda tercari-cari Pereka Fesyen bagi merealisasikan impian dihari bahagia anda...
di BeauGLam by Nina Hassan merupakan pereka bagi Standard size mahupun Plus Size terutamanya dari segi keselesaan dan kesesuaian tidak kira dari segi rekaan, pemilihan fabrik hingga ke detailing pada setiap helaian...

Melalui pengalaman sendiri yang memiliki bentuk badan Plus Size...memberi kelebihan dalam menata atau menghasilkan setiap helaian buat si pemakai yang bertubuh Chubby, Curvy atau Plus Size ini..
Malah setiap hari saya mencari solusi bagaimana caranya untuk menghasilkan helaian yang lebih indah lagi selesa dan setara dengan pemilik badan bersaiz standard.
Ternyata...yang bersaiz standard lebih mudah digayakan namun itu bukan bermakna yang bersaiz istimewa ini harus dipandang remeh..Tidak sama sekali...Tidak kira bentuk badan bagaimana sekali pun...Hak untuk tampil cantik lagi anggun dihari bahagia adalah suatu kewajipan bagi saya.

Di BeauGLam by Nina Hassan..khidmat seperti sewaan sememangnya kurang diketengahkan.Namun konsep 1st rental atau buy-back ada ditawarkan bergantung kepada persetujuan pihak pelanggan dan upon request sahaja.
Ini kerana saya lebih menitikberatkan dari aspek keselesaan dan exclusiveness serta ketelitian apabila busana perkahwinan disarung pada setiap tubuh badan dan yang pastinya memiliki bentuk badan,citarasa,impian yang sudah tentu berlainan sama sekali bagi setiap individu..Dan ya..Saya lebih fokus kepada made to measure terutamanya pengantin yang memiliki bentuk badan plus size ini.

Nasihat saya buat pengantin berbadan istimewa ini...
Jangan terburu-buru memilih rekaan..
Ambil masa dalam membuat keputusan...
Rujuk pada Pereka Fesyen untuk mendapatkan idea mahupun rekaan yang lebih tepat dengan bentuk tubuh badan dan yang akhir sekali..
Beri peluang pada diri sendiri dengan meletakkan sejumlah bajet untuk helaian dihari bahagia anda kerana yang pasti, kombinasi bajet dan ilham pereka serta impian yang dimpikan sekian lama bakal memberikan anda hasil yang Insyallah memuaskan hati dan diabadikan indah didalam potret perkahwinan anda buat selamanya....

So dear bride to be....Buat pilihan yang tepat..mulakan research dan jangan gusar akan helaian busana untuk majlis persandingan mahupun pernikahan biarpun apa sahaja bentuk badan anda..."Be Confident and follow your instinct...Trust me...you're  going to be a gorgeous bride on earth...Seriously."

NH

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Salam Syawal....

Alhamdulilah...sekali lagi bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan menikmati Syawal yang penuh bermakna bagi tahun 2012 ini.Tahun ini seperti biasa,sambutan hari raya dengan kedua belah pihak (iaitu keluarga saya & mertua )seperti tahun-tahun yang lalu..Beraya di Kuala Lumpur & Johor Bahru.

Rezeki selepas Raya juga tidak kurang hebatnya...Alhamdulilah sekali lagi kerana dilimpahi rezeki oleh-Nya dengan tempahan dari bakal mempelai yang meniti ke jinjang pelamin sekitar bulan Oktober hingga ke hujung tahun nanti.Saya juga telah mula menyusun jadual bagi bulan September hingga ke awal tahun 2013.
Raya-raya juga,tetapi fikiran tetap berputar menyusun jadual temujanji, tailoring, production sehingga ke proses penghantaran...

Jari jemari ini juga bagaikan tidak sabar memulakan sentuhan 'patchwork' dan melakar idea-idea baru.Ini kerana di BeauGLam by Nina Hassan, sentuhan 'patchwork'..detailing...fitting hingga ke proses akhir akan dilakukan sendiri oleh saya...Saya tidak sekali-kali menyerahkan tugas ini kepada sembarangan staf mahupun sesiapa sahaja kerana kepuasan dan sentuhan saya sendiri hanya mampu memuaskan hati bukan sahaja clients malah diri saya sendiri...Saya melakukan kerja ini berlandaskan minat yang mendalam dan dari situ timbul ketelitian dan kesempurnaan...Insyallah...

I would like to share part of my Raya pictures with my readers....Semuanya dipagi Syawal.... :)
Ohhh dan tahun ini saya masih memperoleh duit raya dari my Mum, Dad & Hubby! Yeayyy!Thanks to all...hehehee

Salam Syawal 1433

NH.
 Family gathering Di pagi Syawal...
Exclusive!Tazneem was cooking for Raya dishes.. :)
We had a fantastic lunchies at Aunt's & Uncle's place at Taman Bunga Raya, KL.
 Me in BeauGlam by Nina Hassan Chili Red Tiny Polka Baju Kurung Pahang with my sis in law & hubby's side cousins
From Left-Right : Amna, Nina, Hapsa (sis in law) & Tahirah

 We had fun :)

With the gorgeous one...Sis in law & Cousin's
From Left-Right : Baby Irfanah, Tazneem, Amna, Nina & Zarinah (sis in law )


With my L.O.V.E