Sunday, January 13, 2013

First entry for year of 2013....

Salam Di Tahun Baru 2013....

Pantas masa melewati hari-hari ditahun 2013 ini..13 hari dalam bulan Januari telah pun berlalu...Hampir 3 minggu tidak berblogging mahu menjenguk blog ini..Awal tahun 2013 iaitu pada 05 Januari 2013 yang lalu,saya dan keluarga dikejutkan dengan pemergian bapa mertua saya, Allahyarham Hj Hamzah Bin KM Mohd Maulabi pada usia 61 tahun dan menghembuskan nafas terakhir beliau pada jam 4.45 pagi.Pemergian Allahyarham sememangnya tidak diduga.Ini kerana, jika diamati entry terdahulu saya,dimajlis perkahwinan sepupu suami saya, Tazneem yang berlangsung sekitar penghujung Disember 2012, Allahyarham sempat menghadirkan diri di ketiga-tiga resepsi dan resepsi terakhir yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan merupakan pertemuan terakhir saya dengan Allahyarham.Ini kerana selepas pertemuan tersebut, saya terus terbang pulang ke Johor Bahru keesokkan pagi nya dan kembali ke Kuala Lumpur pada 03 Januari 2013 dan tidak berkesempatan menemui beliau dan pada pagi 05 Januari 2013, saya dan suami dikejutkan dengan pemergian Allahyarham menghadap-Nya.Sesungguhnya, Allahyarham merupakan seorang insan yang sangat saya hormati, sayangi dan sanjungi dek kerana keperibadian nya yang sangat mudah untuk berbicara, sering tersenyum dan menyenangkan.Amat disenangi pelbagai pihak.Alhamdulilah Allahyarham selamat disemadikan ditanah perkuburan islam Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur dan dipermudahkan serta lancar dengan izin-Nya.Allah S.W.T maha mengetahui.Setiap yang hidup pasti kembali kepada-Nya.

Mohon agar dihadiahi Al-Fatihah buat bapa mertua saya yang dikasihi, Allahyarham Hj Hamzah Bin KM Mohd Maulabi agar rohnya dirahmati dan dicucuri oleh-Nya.



Pemergian Allahyarham juga telah menyedarkan bahawa menghargai insan yang masih berada disekeliling kita terutamanya ibu dan bapa, pasangan hidup kita, suami atau isteri, anak-anak, adik-beradik, ahli keluarga juga teman-teman selagi mereka masih ada.Hargai dan sayangi bukan sahaja mereka, malah masa yang masih ada.Kita tidak akan tahu, siapakah yang akan pergi seterusnya?Hanya Allah S.W.T yang maha kuasa dan maha mengetahui.

Dan dengan itu juga, saya juga BeauGLam by Nina Hassan dan FluffyLush Plus berehat seketika sepanjang 2 minggu lalu dan kembali memulakan aktiviti seperti biasa bermula esok 14 Januari 2013.Sebarang temu janji boleh dihubungi di talian +60167170338 (Call/SMS/Whatsapp)

Moga bertemu kembali di lain entry dengan cerita dan perkembangan terbaru dari BeauGLam by Nina Hassan dan LIKE di Facebook BeauGLam by Nina Hassan

Love,
NH





No comments: