Saturday, May 19, 2012

Reception & Solemnization Mawaddah & Zayd designed BeauGLam by Nina Hassan...

Salam....

Mungkin agak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai ini ( kerana saya agak lewat meng"update'kan blog ini ) Dan dengar-dengar ( ohh dah confirm ok dengan berita gembira ni ) mempelai ini juga bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi...Ohhhh Double Congrats buat Mawaddah & Zayd...Semoga segalanya berada dalam keadaan yang terbaik dan mohon agar dipermudahkan oleh-Nya...

Ok...this is one of another my favourite bride & groom! :) Mempelai muslimah yang senang berurusan, mempunyai pandangan yang tajam dalam memberi kerjasama serta serba sedikit idea bagi menghasilkan rekaan pakaian bagi majlis pernikahan dan persandingan beliau pada 07 & 08 Januari 2012 yang lalu.

Memilih warna suci iaitu putih untuk majlis pernikahan (Solemnization)..Fabrik Chiffone Silk digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan Jubah Modern '2 tiers' dilapik dengan fabrik Satin Silk agar seluruh rekaan kelihatan lembut 'flowy'...Perincian seperti manik diserikan di sekitar bahagian depan '2 tiers' tersebut dan dibahagian hujung tangan diberi rekaan 'puffy' turut diserikan dengan tatahan 'Swarovski' sesuai bagi sesebuah majlis pernikahan.Manik dijahit tangan dengan rekaan tersendiri.

Bagi majlis resepsi,pasangan mempelai sepakat memilih tema warna hijau yang sungguh redup sekali dimana sekali lagi fabrik seperti 'Chiffone Silk' dan 'Corded Lace' dipadukan dalam satu rekaan yang 'simple' dan menepati citarasa muslimah iaitu Kebaya Moden.Fabrik 'Corded Lace' digunakan secara keseluruhan bagi top kebaya labuh dan dilapik dengan 'Satin Silk'.Manakala sarung kebaya menggunakan fabrik 'Chiffone Silk' dan dilapik oleh 'Satin Silk' dan diberi potongan yang lebih menarik dan kelihatan 'flowy' dan sedikit berombak.Mempelai  memilih rekaan manik yang agak 'simple' memandangkan fabrik 'Corded Lace' sudah agak berat dan bagi memastikan keseimbangan dalam paduan 'Chiffone Silk' dan 'Corded Lace' maka sentuhan manik hanya diberi tumpu dibahagian depan dan dihujung lengan sahaja.

Alhamdulilah....Kedua-dua rekaan berjaya direalisasikan menerusi perbincangan dari awal hingga ke akhir dan saya sebagai Pereka yang mereka dan menghasilkan berharap agar Mawaddah & Zayd berpuas hati dari segi perkhidmatan dan hasil yang saya berikan...

Disini antara gambar sekitar majlis Pernikahan & Persandingan mempelai...Sekali lagi diucapkan Selamat Berbahagia hingga ke akhir hayat buat Mawaddah & Zayd...InsyAllah....

NH





No comments: