Friday, August 22, 2014

22.08.2014 - Hari Ini Dalam Sejarah.....

Assalamualaikum and Hellooooo everyone!

It's been a long time! Phewwww!
Pelbagai peristiwa yang berlaku didalam negara kita Malaysia yang tercinta ini. Begitu juga lah kehidupan seharian saya. Ada ups and down. Faktor masa juga menjejaskan masa untuk berblogging! ok fine, jangan salahkan masa, salahkan diri sendiri..heheheh!

Di entry dan kesempatan ini, belum terlambat rasanya untuk saya dan team BeauGLam by Nina Hassan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kepada seluruh umat Islam yang menyambut juga terutamanya buat keluarga, teman-teman dan pelanggan-pelanggan kami.
Dikesempatan ini, kami ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan dan keampunan.
Semoga Hari Raya 2014 kali ini lebih bermakna dan memberi seribu satu kenangan yang terindah buat anda semua.



Disini juga ingin saya meluahkan rasa simpati dan ucapan takziah buat ahli keluarga yang terlibat didalam tragedi MH17.
Sempena dengan hari ini, 22.08.2014 - Seluruh rakyat Malaysia berkabung sempena menyambut kepulangan jenazah/mendiang mangsa tragedi MH17.
Alhamdulilah, akhirnya dipermudahkan-Nya setelah Malaysia melalui detik-detik hitam dan pelbagai dugaan dimana juga MH370 yang hingga kini terus menghilang tanpa sebarang petunjuk. Hanya pada-Nya kita berdoa dan memohon agar dipertemukan dan memberi jalan penyelesaian dan nokhtah dalam pencarian MH370.

Sesungguhnya ini adalah dugaan yang bertimpa-timpa buat negara dan ayuh kita rakyat Malaysia bersatu tidak kira agama dan bangsa, bersatu menghadapi dugaan ini dan terus berdoa dan berharap agar dipermudahkan dan menemui jawapan yang pasti suatu hari nanti.

Marilah kita mengambil beberapa minit dan berdoa pada hari yang bakal mencatat sejarah dalam negara kita ini dengan bacaan suarh Al- Fatihah....
Semoga roh mereka dicucuri rahmat....


Ameen.

-NH-


No comments: