Sunday, February 24, 2013

The Labels....

Salam,

I'm blessed.Seriously, syukur Alhamdulilah atas rezeki yang dilimpahi Allah S.W.T bagi tahun 2013.Pelbagai keputusan dan rencana telah saya corak dan lakukan.Antaranya saya telah mengambil keputusan bagi  mendaftar diri sebagai salah seorang ahli BUMIPUTRA DESIGNERS BDA  dimana peluang untuk memperluas dan meneroka industri ini lebih mendalam.Diharap dengan langkah yang diambil bakal memberi ruang dan peluang untuk saya mengekspresikan idea dan terus berkarya dalam bidang rekaan dan fesyen ini.

Peluang muncul di kaca TV baru-baru ini merupakan satu lagi batu loncatan sebagai permulaaan bagi tahun 2013 setelah beberapa tahun menyepi atau beralih arah seketika dan kini kembali dalam dunia yang sememangnya sebati dalam jiwa dan diri ini.Fashion Industry.
Untuk pengetahuan,selain daripada label BeauGLam by Nina Hassan sebuah lagi label dibawah designer Nina Hassan khusus buat plus sizer iaitu FluffyLush  yang ditubuhkan sekitar awal tahun 2012 yakni
kini telah mula mendapat tempat dihati peminat fesyen bersaiz Plus Size.Konsep yang dibawa oleh FluffyLush iaitu ready-to-wear lebih santai namun penggunaan fabrik dan rekaan dititikberatkan mengikut kesesuaian buat si pemilik badan bersaiz Plus Size agar selesa dan lebih berkeyakinan tinggi.

Untuk itu, FluffyLush diberi peluang muncul bagi memperkenalkan jenama dan rekaan koleksi buat tatapan penonton rancangan Selamat Pagi 1 Malaysia saluran RTM1 yang bakal disiarkan tidak lama lagi.Sesi wawancara yang dikendali oleh pengacara favourite SP1M iaitu Tazneem telah berlangsung di butik teman baik saya di Publika, Solaris Mont Kiara.Rakaman dilakukan dilokasi tersebut memandangkan pada 14hb hingga 16hb Februari yang lalu, sebuah 3 days event dilangsungkan di butik Nisa Mazbar dimana jenama FluffyLush secara exclusive boleh didapati dibutik beliau dan juga di online store http://www.nisamazbar.com/boutique/catalog.php?catid=12&category=FLUFFY-LUSH-PLUS selain di official blog FluffyLush www.fluffylush.blogspot.com

 Sekitar sesi rakaman buat slot di SP1M RTM1
Nina Hassan sedang mempersiapkan model 
 Model -Amna Jahangir juga merupakan pelanggan yang berpuas hati dengan jenama FluffyLush
Host of the day!Nina Hassan bersama NisaMazbar
Teman baik dan juga rakan Designer yang sangat supportive

Will update more soon Insyallah.So stay tune!Have a productive week ahead and happy working!

Love,

NH

No comments: