Sunday, November 11, 2012

Perkahwinan...Pertunangan dan Passport nya...Ada cerita disebaliknya.....

Salam Everyone....

Its been a long..A very long holiday from blogging and updating my blog.Oh rinduuunyaaa...Apakan daya, kesibukan yang melampau menjadi penghalang untuk mengemaskini blog dan juga FB..Basically, this is my first blog updated for November 2012 and owhh maiiii...!!!I've got lots of things to be update but that's the point..I'm super duper busy for this entire of November & December..Clients Wedding...Family members Wedding...Friends Wedding...And the Bridal Gown...The bride's maid dresses...dan juga tetamu jemputan juga tidak ketinggalan...

Baru sebentar tadi saya pulang dari menghadiri majlis perkahwinan sepupu sebelah suami di Bangi Golf Resort...Majlis yang sederhana namun penuh bermakna...Simple but i love the ambience...surrounded by lovely family members...all the cousin's...aunties..uncles...nieces..nephews..yang dah bertahun tak berjumpa pun dapat ditemui  didalam majlis ini..Pelbagai cerita dikongsi..Seronok...
Dimajlis ini barangkali tiada persandingan, hanya makan beradab dikalangan kedua mempelai dan keluarga terdekat...Namun apa yang saya suka akan majlis ini, kedua mempelai berpeluang turun ke bawah, dan berjalan dari meja ke meja dan memperkenalkan suami beliau yakni ahli keluarga baru kepada saudara mara dan juga teman-teman serta tetamu yang hadir.Secara tidak langsung, saya dan suami dapat mengucapkan ucapan selamat pengantin baru personally kepada mempelai..

Mempelai turut anggun dengan persalinan dari bahan Songket dan Lace dalam warna berani dan berahi iaitu merah..Ohh tidak pula saya berkesempatan bertanyakan hasil sentuhan dari butik mana...Hehehe!Tidak mengapalah...asalkan mempelai tampak cantik dan anggun dihari bahagia mereka dan yang paling  penting..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat mereka...Insyallah...

Hidangan makanan juga tidak kurang hebatnya..Dihidangkan secara buffet...Nasi Minyak dengan lauk pauk seperti  Ayam Masak Merah..Daging Rendang..Pajeri Nenas, Acar sayur dan terdapat juga Kambing Golek/Bakar serta pemanis mulut seperti ABC..Cendol..kuih muih seperti Apam Polkadot turut terhidang...
Duduk berborak dengan saudara mara..sedari masa hampir jam 3 petang dan masa untuk saya dan suami beransur pulang..

Berbalik kepada cerita saya dan tempahan-tempahan sekitar hujung tahun...Alhamdulilah..ada yang telah diserahkan kepada pelnggan dan ada yang masih menunggu masa untuk fitting session...Dan tidak kurang juga..Ada bakal mempelai yang telah menyerahkan fabrik indah mereka biarpun majlis mereka bakal dilangsungkan pada pertengahan tahun 2013...Saya kagumi akan mempelai yang penuh bersedia ini...Majlis perkahwinan memerlukan persediaan yang rapi...And if possible, please do a Checklist...Bercerita tentang persediaan...Ya! Saya ada cerita yang berkaitan...Heheheh!

Majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng atau mudah...Ia memerlukan persediaan yang cukup rapi juga memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal bukan sahaja buat si pasangan bakal mempelai sahaja...juga seluruh ahli keluarga...Silap hari bulan, boleh jadi majlis tertunda..malah lebih teruk lagi andai terus terbatal....Ini bukan omongan kosong...sebaliknya pernah terjadi dan tidak mustahi ial boleh terjadi kepada sesiapa sahaja..Namun, Ya Allah...minta simpang dan dijauhkan lahh....

Ada sesetengah pasangan mempelai, bila ditanya...sudah bertunang?Ya sudah...Namun bila ditanya..Bila langsungnya? Jawapannya...Entah laaaa..Tak sure lagi...Tak tau lahh....Aikkk???Terpinga saya dibuatnya....
Ada juga cerita dari teman ke teman...Hahaaa...Majlis pertunangan berlangsung dengan gilang- gemilang..Pakaian head to toe....all designer made..Canopy keliling rumah..Caterer juga bukan calang-calang pilihannya... Namun bila ditanya bila agaknya majlis pernikahannya....Jawab si pasangan lelaki nya selepas hampir sebulan majlis pertunangan mereka selesai langsung..."...Entah laa...tak nak fikir laaa...tengok la macam mana nanti."..Whattt???You must be kidding man!
Itu lah terjadi apabila dari sudut pandangan saya, knowledge dan konsep Bertunang disalah tafsir atau disalah guna...Ya, ada sesetengah yang menjadikan fungsi 'tunangan' itu sebagai 'passport' ....

Ahhaaa....dari cerita majlis perkahwinan ke persediaan...Checklist hingga membawa ke konsep bertunang...Akan saya kongsikan di entry akan datang...Tak mahu stress-stress...Hahaaa...!!Esok didalam schedule saya terdapat beberapa appointment dengan clients...Bermula jam 9 pagi lagi pula tuuu...Maka saya memerlukan beauty sleep saya agar minda lagi segar dan dapat produce better ideas untuk hari mendatang...Heheheeh!!!

Insyallah bertemu di entry akan datang dan sambungan cerita persediaan,checklist,pertunangan dan passport nya...
Selamat memulakan hari Isnin dan tugasan, moga minggu ini lebih produktif dari minggu-minggu yang lalu..

NH.




No comments: