Saturday, January 24, 2009

Finally.....i'm back...!!!

Hi everyone....(and Nisa..jgn risau...aku update gak akhirnya...hehehe!)

1st of all...i'm so sorry cuz agak lama la juga saya tidak "update"kan blog ini..lebih menumpukan perhatian terhadap http://www.beauglam.com dan http://www.myspace.com/beauglam_kl

Hmmmm....sekarang baru dapat menarik nafas yang teramatlah lega....perkahwinan 'client' yang terakhir dah pun berlalu sabtu yang lalu di Dewan Merak Kayangan iaitu persandingan Nadirah & Kamil.....Alhamdulilah...segalanya telah selesai...

Ini menandakan suatu waktu untuk berehat dan melegakan fikiran buat seketika sementara perkahwinan untuk bulan Februari hingga ke Julai 2009 sedang menunggu...

Antara yang menanti....Gaun pengantin dari fabrik Lace dari Dubai dengan sentuhan 'chiffone silk' dan Drapping didada...serta taburan manik yang berkilauan...berlengan..sentuhan dari saya bagi konsep kontemporari buat Yanti iaitu anak kepada seniwati terkenal Dian P.Ramlee yang bakal berlangsung pada Julai 2009 nanti di Saloma Bistro Jalan Ampang....Semestinya..suatu pengalaman yang pasti tidak mampu saya lupakan...
Selain itu....Gaun pengantin buat Nawwar...pengantin yang baru sahaja diijabkabulkan pada 01.01.2009 yang lalu...meminta saya menghasilkan sehelai gaun dari fabrik satin untuk dipadankan dengan kebaya Lace sarat dengan manik dan labuci berwarna kuning keemasan dibeli dari Indonesia...

Manakalaa pada bulan Mei 2009 nanti...saya akan turun ke Subang Jaya bagi merialisasikan impian Yana...yang bakal menempuh alam bahagia pada 30.05.2009...dan persandingannya pada 31.05.2009....berkonsepkan garden wedding..bermain dengan warna putih...kuning cair dan bunga-bungaan hijau dan putih nan indah buat pelamin dan dekorasi serta hiasan bilik tidur....Manakala bagi pakaian....saya bakal menyediakan sepasang kurung moden untuk majlis akad nikah berwarna putih dan silver dan sehelai Gaun ala Jubah bertingkat serta disulami dengan Lace yang ditampal serta manik dan labuci berwarna kuning keemasan yang lembut dan indah buat raja sehari...
Hmmm...terlalu banyak yang hendak dicoretkan di blog ni..hanya kesempatan dan waktu tidak mengizinkan....

Sambil merehatkan badan dan fikiran..saya akan ke Johor Bahru untuk bertemu dengan "client" disana pula hingga selesainya perayaan bagi Tahun Baru Cina....Gong Xi Fa Cai...!!Sambil itu masih berfikir dan bereksperimentasi untuk koleksi Gaun 2009yang bakal saya tampilkan tidak lama lagi....

Update di http://www.beauglam.com

muachhhhxxxxx!!

No comments: