Sunday, December 16, 2012

Hint of December Works....

Salam...

Disember telah pun melalui pertengahan bagi penghujung tahun 2012 dan ya entry terakhir saya pada 18 November 2012...Ohhhh!!Terlalu lama meninggalkan blog ini...Kesibukan dipenghujung tahun sekali lagi menjadi penyebab utama saya kurang berkesempatan berblogging..Heehehee!Walaubagaimanapun, entry kali ini, saya tidak mahu berceloteh mahupun berbicara tentang kisah-kisah seperti entry-entry terdahulu, cuma ingin berkongsi beberapa 'hint' hasil custom-made untuk clients saya buat tatapan pembaca....

Actually,terdapat beberapa lagi koleksi gambar yang ingin saya download, namun bagi menghormati hak pelanggan, saya tidak mahu exclusivity sesuatu rekaan disebarkan atau dimuat naik dimana-mana laman mahupun ditunjuk kepada sesiapa sebelum diterima pelanggan atau lebih mudah dikatakan belum sempat dipakai atau digayakan pelanggan saya..Itu adalah polisi saya!Hak pelanggan keutamaan di BeauGLam by Nina Hassan

Patchwork - Black Lace patch on  Peach Princess Cut Dress (Bridesmaid Dress)
Maxi Dress - Drapping at the back + Pleated Neckline (Chiffone Lining) in Purple/Pink colour.

Kurung Modern - Patch Lace + Full Lace Lining + Raw Silk in Pink colour.

Ada beberapa lagi gambar yang bakal saya upload di entry akan datang.So Stay tune!
Have a wonderful & productive week ahead !

Love,
NH

Sunday, November 18, 2012

Kesinambungan Tunangan..'Passport' dan Kesudahannya.....

Kesinambungan entry terdahulu...Cerita tentang persiapan...pertunangan dan passport nya....

Ya..saya suka berkongsi...Tujuannya disini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak bukan juga menyindir sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman dan cerita..Saya sememangnya gemar berkongsi cerita..Cerita yang berfakta..Yang benar-benar terjadi..bukan sekadar rekaan.Namun diatas sebab-sebab tertentu saya harus edit here and there agar cerita itu nampak tidak menyasar kepada sesiapa..nampak lebih general..
Kadang-kala apabila bertemu teman lama,pelbagai cerita dikongsikan...Maka dari situ la saya mendapat sumber-sumber cerita dan pengalaman tersebut...

Bertemu dengan seorang teman lama, cerita punya cerita..ada seorang teman kepada teman dan kepada temannya..(bearapa ramai teman daaaa...heheheh!)Kisahnya...Melangsungkan majlis pertunangan dengan sederhana gilang gemilangnya...Segalanya  indah pada ketika itu..Dan masa terus berlalu...rupanya kini sudah bertunang hampir 2 tahun lamanya...dan disaat-saat akhir moment menjadi pasangan tunangan..Impian yang dibina bersama lebur begitu sahaja...Sememangnya jodoh, ajal dan maut ditangan-Nya namun andai sudah ada bayang-bayang atau ada kalanya Tuhan juga ada memberi petunjuk, dek kerana terlalu sayang, buta mata lagikan hati..Persoalannya layak kah dia buat dirimu?Andai lamanya sehingga 2 tahun untuk membuat keputusan bagi membina masjid itu, fikir-fikirkan la wahai si gadis...alasan demi alasan..saving account masih belum cukup, kerja belum established...rumah belum ada dan alasan paling so sweet bisa mencairkan hati si gadis..kononnya hendak bahagiakan kelak selepas berumah tangga..tidaklah hidup menyewa mahupun serba kekurangan...Maka terus lah bertangguh....

Tidak boleh disalahkan juga sebelah pihak sahaja...Serahkan lah jiwa dan raganya pada gerangan si lelaki...Yang si gadis terlalu cinta dan kasih, disokong dengan passport sebagai 'Tunangan' itu...dihayak kehulur kehilir...hingga ke bilik tidur...Si lelaki bangga mendabik dada mengusung si anak dara seorang itu..Maklumlah,si gadis bukan calang-calang cantik dan berpendidikan...Namun sayang, cantik dimata, tidak dihati...Berpendidikan dari segi akademik, bukan dari segala hal...Membawa si gadis ke jalan yang sepatutnya dari awal ditentukan simpang dan penghujungnya...

Cinta, nafsu dan berpegangkan status 'Tunangan'...2 tahun bersama, lama-lama si lelaki mula terasa bosan...muak pula..'makan' benda yang sama selama hampir 2 tahun...Mudah pula mendapatkannya...Buat apa dibuat isteri detik hati si lelaki..Nanti nak diteruskan lagi berpuluh tahun selepas kahwin andai jodoh mereka panjang...Membuatkan si lelaki mula terfikir dan terus berfikir...Yang si gadis itu tidak sedar lagi...masih berpaksikan kasih dan sayang...Sangkanya inilah lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga....yang bakal mengemudi bahtera yang bakal dibina...Ternyata itu silap besar!

Akhirnya si lelaki mula bikin hal...Apa ada hal..?Tunang sahaja..bukan nak kena ke mahkamah untuk memutuskan ikatan tersebut...Paling berat pun menghadap muka si ibu dan bapa gadis tersebut...pulangkan la apa yang patut...Terang-terangan ibu dan bapa gadis tersebut tidak tahu menahu apa yang terjadi antara mereka selama 2 tahun menjadi pasangan tunangan...Hanya mereka yang  tahu...Si lelaki tersenyum bangga...si gadis meratap pilu...maruah tergadai...segala impian lebur berkecai....

Itu la yang saya fikirkan, terdetikjuga dihati saya..Jika majlis pertunangan atau istilah tunangan itu disalah gunakan..atau ilmu itu tiada didada.. Inilah yang terjadi...Sekali lagi saya nyatakan PASSPORT itu digunakan...Bukan sahaja maruah diri tergadai..keluarga juga terkena tempiasnya..mana kan tidak..saudara mara yang hadir di majlis pertunangan tersebut tertanya-tanya..Bila langsungnya...dan itu satu hal...yang si gadis..??Nasi telah pun menjadi bubur..Menyesal..keluar air mata darah sekalipun, merayu juga pada si lelaki...Ohhh senang jawabnya...Cinta dan Sayang sudah tiada...lebih memilukan, servis itu telah bertukar tangan...beralih pada gadis lain....

Namun tidak la semua mengalami situasi seperti yang saya kongsikan bukan..??Ada yang sememngnya tiada jodoh antara mereka...telah tertulis oleh-Nya mereka bukan dicipta untuk bersama...Maka yang itu, terimalah dengan redha... Berharap agar apa yang saya kongsikan pada entry kali ini dapat dititip dengan sedikit kesedaran juga lebih berwas pada buat gadis-gadis diluar sana....Sayang boleh, Cinta juga harus ada tersemat dihati, Namun simpan sedikit kepercayaan pada pasangan untuk masa akan datang...kerana kita tidak pasti our future...Pelbagai kemungkinan....

Sampai disini dulu perkongsian cerita Tunangan..Passport dan Nasib Si Gadis itu....
Happy Sunday!Enjoy our weekend...

NH.




Sunday, November 11, 2012

Perkahwinan...Pertunangan dan Passport nya...Ada cerita disebaliknya.....

Salam Everyone....

Its been a long..A very long holiday from blogging and updating my blog.Oh rinduuunyaaa...Apakan daya, kesibukan yang melampau menjadi penghalang untuk mengemaskini blog dan juga FB..Basically, this is my first blog updated for November 2012 and owhh maiiii...!!!I've got lots of things to be update but that's the point..I'm super duper busy for this entire of November & December..Clients Wedding...Family members Wedding...Friends Wedding...And the Bridal Gown...The bride's maid dresses...dan juga tetamu jemputan juga tidak ketinggalan...

Baru sebentar tadi saya pulang dari menghadiri majlis perkahwinan sepupu sebelah suami di Bangi Golf Resort...Majlis yang sederhana namun penuh bermakna...Simple but i love the ambience...surrounded by lovely family members...all the cousin's...aunties..uncles...nieces..nephews..yang dah bertahun tak berjumpa pun dapat ditemui  didalam majlis ini..Pelbagai cerita dikongsi..Seronok...
Dimajlis ini barangkali tiada persandingan, hanya makan beradab dikalangan kedua mempelai dan keluarga terdekat...Namun apa yang saya suka akan majlis ini, kedua mempelai berpeluang turun ke bawah, dan berjalan dari meja ke meja dan memperkenalkan suami beliau yakni ahli keluarga baru kepada saudara mara dan juga teman-teman serta tetamu yang hadir.Secara tidak langsung, saya dan suami dapat mengucapkan ucapan selamat pengantin baru personally kepada mempelai..

Mempelai turut anggun dengan persalinan dari bahan Songket dan Lace dalam warna berani dan berahi iaitu merah..Ohh tidak pula saya berkesempatan bertanyakan hasil sentuhan dari butik mana...Hehehe!Tidak mengapalah...asalkan mempelai tampak cantik dan anggun dihari bahagia mereka dan yang paling  penting..Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat mereka...Insyallah...

Hidangan makanan juga tidak kurang hebatnya..Dihidangkan secara buffet...Nasi Minyak dengan lauk pauk seperti  Ayam Masak Merah..Daging Rendang..Pajeri Nenas, Acar sayur dan terdapat juga Kambing Golek/Bakar serta pemanis mulut seperti ABC..Cendol..kuih muih seperti Apam Polkadot turut terhidang...
Duduk berborak dengan saudara mara..sedari masa hampir jam 3 petang dan masa untuk saya dan suami beransur pulang..

Berbalik kepada cerita saya dan tempahan-tempahan sekitar hujung tahun...Alhamdulilah..ada yang telah diserahkan kepada pelnggan dan ada yang masih menunggu masa untuk fitting session...Dan tidak kurang juga..Ada bakal mempelai yang telah menyerahkan fabrik indah mereka biarpun majlis mereka bakal dilangsungkan pada pertengahan tahun 2013...Saya kagumi akan mempelai yang penuh bersedia ini...Majlis perkahwinan memerlukan persediaan yang rapi...And if possible, please do a Checklist...Bercerita tentang persediaan...Ya! Saya ada cerita yang berkaitan...Heheheh!

Majlis perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang enteng atau mudah...Ia memerlukan persediaan yang cukup rapi juga memerlukan persediaan dari segi mental dan fizikal bukan sahaja buat si pasangan bakal mempelai sahaja...juga seluruh ahli keluarga...Silap hari bulan, boleh jadi majlis tertunda..malah lebih teruk lagi andai terus terbatal....Ini bukan omongan kosong...sebaliknya pernah terjadi dan tidak mustahi ial boleh terjadi kepada sesiapa sahaja..Namun, Ya Allah...minta simpang dan dijauhkan lahh....

Ada sesetengah pasangan mempelai, bila ditanya...sudah bertunang?Ya sudah...Namun bila ditanya..Bila langsungnya? Jawapannya...Entah laaaa..Tak sure lagi...Tak tau lahh....Aikkk???Terpinga saya dibuatnya....
Ada juga cerita dari teman ke teman...Hahaaa...Majlis pertunangan berlangsung dengan gilang- gemilang..Pakaian head to toe....all designer made..Canopy keliling rumah..Caterer juga bukan calang-calang pilihannya... Namun bila ditanya bila agaknya majlis pernikahannya....Jawab si pasangan lelaki nya selepas hampir sebulan majlis pertunangan mereka selesai langsung..."...Entah laa...tak nak fikir laaa...tengok la macam mana nanti."..Whattt???You must be kidding man!
Itu lah terjadi apabila dari sudut pandangan saya, knowledge dan konsep Bertunang disalah tafsir atau disalah guna...Ya, ada sesetengah yang menjadikan fungsi 'tunangan' itu sebagai 'passport' ....

Ahhaaa....dari cerita majlis perkahwinan ke persediaan...Checklist hingga membawa ke konsep bertunang...Akan saya kongsikan di entry akan datang...Tak mahu stress-stress...Hahaaa...!!Esok didalam schedule saya terdapat beberapa appointment dengan clients...Bermula jam 9 pagi lagi pula tuuu...Maka saya memerlukan beauty sleep saya agar minda lagi segar dan dapat produce better ideas untuk hari mendatang...Heheheeh!!!

Insyallah bertemu di entry akan datang dan sambungan cerita persediaan,checklist,pertunangan dan passport nya...
Selamat memulakan hari Isnin dan tugasan, moga minggu ini lebih produktif dari minggu-minggu yang lalu..

NH.




Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Pengumuman...

Salam Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....

Pada 26hb Oktober 2012 ini semua umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji..Dengan itu, BeauGLam by Nina Hassan dan FluffyLush ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang menyambutnya.

Juga ingin dimaklumkan kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati, bermula 26hb Oktober 2012 sehingga 02hb November 2012 kami mengambil kesempatan ini dengan berehat selama 7 hari dari sebarang aktiviti seperti temujanji dan penghantaran.Sebarang temujanji dan penghantaran akan bermula pada 03hb November 2012.

Walaubagaimanapun, sebarang pertanyaan berkaitan tempahan/rekaan/temujanji boleh terus hubungi/sms/ Whatsapp/Line di talian +6016-7170338.

Like di FB Page : BeauGlam by Nina Hassan
Follow di Twitter : nina_hassan
Juga di Instagram : nina_hassan

Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati dijalan raya dan ingatlah orang tersayang yang menanti kepulangan...Pandu Cermat Jiwa Selamat....
Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti!

NH.







Saturday, October 20, 2012

Kisah Hari Jadi and When Everyone wears H&M in KL...Oucchhh!(must read!!)

Salam & Happy Weekend again!

Lama tak ber'blogging'..rindu menaip...berkongsi perjalanan hidup..Ya hampir 2 minggu mungkin tidak menaip...aspek kesihatan yang tidak mengizinkan...Maka saya berehat seketika...Berehat dari ber'internet'..bekerja...dan melakukan rutin harian...Masa terus berlalu...Oktober juga telah menjengah hampir ke penghujungnya...Dan ya Oktober sangat mengujakan...dimana 3 orang tersayang dalam hidup saya menyambut hari lahir mereka..Mr.Hubby 19 hb..My mum 22hb dan My Dad pula 29 hb Oktober...

Namun tahun ini sambutannya agak berbeza dengan tahun-tahun yang lalu kerana tahun ini saya dan suami kini tinggal diKuala Lumpur berbanding 3 tahun lalu kami diJohor Bahru.Alhamdulilah Hari Raya Haji juga bakal kunjung tiba,,maka kami sepakat beraya diJohor Bahru tahun ini agar dapat menyambut Hari Raya dan juga sambutan hari lahir ketiga-tiga orang tersayang saya ini...Bagimanapun, hari ini saya dan suami menyambut hari lahir beliau diKuala Lumpur terlebih dahulu.Hmmm bila difikir-fikir 2-3 hari yang lalu, memang pening kepala nak belikan Mr Hubby ni hadiah apa dan makan dimana...Namun pada hari jumaat yang lalu,saya dan teman baik saya Nena telah ke Lot 10 Bukit Bintang dan kami meninjau-ninjau akan hadiah terbaik buat Mr Hubby...Finally, i've been decided untuk menghadiahkannya working shirt memandangkan beliau dalam proses mengumpul working shirt dan Tie..Bagi saya, hadiah sebegini sememangnya akan dipakai beliau setiap hari kala ke pejabat dan ya sudah pasti Mr Hubby akan teringatkan saya bila ke pejabat dengan pemberian dari saya itu..heheheh!!

Saya ke Isetan bagi membeli working shirt tersebut...Mulanya saya ke H&M Lot 10,cari-cari apa yang sesuai buat Mr Hubby...unfortunately, tiada yang sesuai buat beliau...Namun, banyak pula yang sesuai dengan saya..ehemm ehemmm...Hehheheh! Sambil menyelam, minum air kannn??Saya pun menyambar 2-3 helai Tops dan sepasang kasut dari jenama H&M...Kemudian singgah di ZARA..Namun teman saya Nena lebih tertarik disana...Dan kami sememangnya 'Partner in Crime'..kalau keluar tanpa sebarang pembelian, bukan laaa Nina dan Nena namanya (bak kata Mr Hubby saya...heheheh) Dan ya, kami berdua sememangnya kaki shopping dan ada sahaja info-info yang cepat sampai ke telinga dan Whatsapp masing-masing andai ada sebarang pembukaan butik mahupun hot stuff yang kami rasa menepati taste masing-masing...Itu lah kami sejak zaman college hingga laa kini, teman saya merupakan seorang cabin crew yang sering terbang di awan biru...Masa cuti nya dimanfaatkan sepenuhnya..Hikhikk!

Ok berbalik kepada cerita birthday celebration...Akhirnya hari ini kami keluar dating berdua...(memandangkan semalam Mr Hubby masih bekerja, maka kami sepakat keluar dating dihujung minggu)
Kami keluar awal hari ini, terus ke Bukit Bintang...kerana working shirt yang saya belikan tempoh hari terlalu besar saiz nya..heheheh! Maka kami ke Isetan semula dan membuat pertukaran.Promoter disitu sangat-sangat helpful..Tanpa jemu membantu saya dan suami mencari design dan saiz yang sesuai...Akhirnya setelah berjaya mencari saiz yang sesuai kami terus ke Chatime Galleria di luar Lot 10 and grab the Strawberry Milkshake with Puding yang sungguh nyummmyyy!

Dari Bukit Bintang terus ke Petaling Jaya...Kami membuat keputusan untuk berdating di E-Curve...Terus ke Cineleisure dan beli movie ticket..Pada mulanya, kami ingin menonton SINISTER...Namun show time seperti tidak sesuai kerana kami ingin mengambil masa menikmati lunch date kami...Finally, TAKEN 2 menjadi pilihan...Selesai membeli tiket, kami ke TONY ROMA'S dan disini kami menikmati makan tengah hari kami yang agak lewat...Namun berbaloi menunggu kelewatan tersebut dan kekenyangan itu masih terasa hingga kini..(Yaaa kini hampir jam 11 malam)Selesai dengan lunch date kami, terus ke Cathay Cineplexes dan meononton TAKEN 2 dan yaaa kami meminati Liam Neeson as the hero in the movie...hehehee!Tapi pada kami TAKEN 2 ok-ok sahaja...Hmmm....
Selesai menonton, kami  menyambung altiviti membeli belah serba sedikit dan bercadang menuju ke Bangsar.

Ohhh ada cerita disebalik tergesa-gesa mahu keluar dari Cineleisure secepat mungkin!!Tahu apakah sebabnya???Ini lahh masalahnya apabila semua orang menuju ke H&M untuk membeli belah and guess what???Someone is wearing the same H&M top as mine and luckily she didn't realize ( i really hope!!)Merah padam muka saya saat itu...Yaaa dan Mr Hubby tergelak-gelak melihat tingkah laku saya kala itu..Manakan tidak...saya bersembunyi disebalik tiang..Memegang shopping bag tinggi-tinggi..agar si wanita tersebut tidak nampak kan saya...Dan saya jalan laju-laju cepat mahu keluar dari mall itu...Hahhh! Ini lahh akibatnya apabila memakai H&M..kebarangkalian terserempak dengan 2-3 orang yang memakai baju sama dalam satu masa amat tinggi peluangnya..Maka lepas ini, suatu pengajaran buat saya...Sememangnya boleh dikatakan half from my wardrobe berjenamakan H&M..namun saya harus membawa sehelai shawl barangkali andai terserempak dan cepat-cepat balutkan diri dengan shawl tersebut..Hahahah!What a day!

Akhirnya dalam kelam kabut dan tergesa-gesa keluar dari mall kami terus menuju ke Bangsar...Saya terasa ingin menikmati roti dan pastries favourite saya di The Loaf yang terletak di Bangsar Village II...Singgah sebentar and grab the Almond Leaf dan Galette beberapa keping dan terus menuju pulang ke rumah...So that's how our day end for today...We had fun..happy time together...Both of us...Happy Birthday my Love...

 Part of my hasil tangkapan...hahahah!

 us..

 Birthday Boy with his Beef Ribs and he really enjoyed it!

 Our TONY ROMA'S Chicken Caesar Salad

 TONY ROMA'S Hot Wings



Refreshing Chocolate Creameside-My Fav!
A rich blend of Vanilla Ice Cream-Orange-Chocolate

So bagaimnana dengan hujung minggu anda?Dipenuhi dengan jemputan perkahwinan barangkali?Walau bagaimanapun, diharap anda bahagia disisi yang tersayang dan Ya! Malam ini semua sibuk memperkatakan tentang Piala Malaysia Akhir..Kelantan vs ATM dan saya menaip sambil menonton..Pilihan anda? 

Happy Weekend!

NH.



Sunday, October 7, 2012

Hey! Hey! Monday...Cerita tentang weekend, H&M dan Makan-makan.....

Salam and Heyaaaa!

Esok Isnin kembali lagi...yeahh some people call it as a monday blues...some like it..and some hate it...
But for me...Yeaaahhhh tomorrow going to be my busy-day...Have to wake up early in the morning...My schedule will be start as early as at 8am-1st appointment..And it's in PJ!! Heyaaaa! Traffic issue..hahahaha! Hopefully i can make it on time as i hate waiting and other people do so, right??

Have to go and find the textile..meet my supplier....my team ( my tailor/dressmaker ) Pray Insyallah everything gonna be good and smooth for tomorrow....

And i would love to share....Yesterday retail theraphy at H&M Kuala Lumpur located at LOT 10 Shopping Mall, Bukit Bintang....Seriously it is still phenomenal....Seriously!!! And should i say that i'm one of them?Hahahhaa..with my besties Nana..both of us turn into a kid who lost in a candy shop...The crowd...Oh My!Nak try baju kat fitting room pun kena tunggu around 12-14 peoples ahead...can you imagine?Apa lagi bila nak bayar??still in a long queue....after a few weeks of the grand opening....The crowd still amazingly....

The same thing happened during H&M grand opening in Singapore...i've been there...and the queue like triple 'S' shape after a few days of the grand opening...Sebelum ada nya H&M Kuala Lumpur, saya sering ke Singapore..kerana lebih dekat semasa saya tinggal di Johor Bahru...But since now dah permanently in KL, this gonna be my fav store...and for me KL lebih murah sedikit berbanding Singapore....mungkin kerana currency exchange yang membezakan harga..Pada pendapat saya, kehadiran H&M di Kuala Lumpur merupakan suatu persaingan yang sihat dalam fashion industry...pilihan semakin luas..Dan yang paling menggembirakan hati, H&M+ terdapat di store KL...so bagi plus sizer 44-54 sememangnya boleh tersenyum lebar..Selesa dan mudah...Jika sebelum ini mungkin jenama seperti Dorothy Perkins, Ms Read, Flow lebih sinonim buat fashionista plus size...kini H&M+ turut serta dan saya salah seorang pengikutnya.. heheheh!

So hujung minggu saya dihabiskan dengan menikmati Vietnamese food di Bukit Bintang Plaza...(ohhh tempat lepak zaman college saya...) tak sangka sampai kini masih ada favourite stall saya itu...Saya cukup menggemari Vietnamese Salad Noodles ini sejak pertama kali saya menikmati hidangan ini...sekitar tahun 2003/2004....hingga kini...Salad Noodles ini dimakan bersama sayur-sayuran,mee hoon,kepingan ayam,kacang tumbuk kasar dan spring rolls berinti kan cendawan,sayuran dan ayam...semuanya didalam satu mangkuk...kemudian saya suka kan sos cili padi nya yang terasa pedas,manis dan masam..Selalunya saya akan pesan lebih spring rolls sebagai side order....Nyummm!!hehehe

This is my all time favourite Vietnamese Salad Noodles....

Sehari sebelum itu..menikmati makan malam at another favourite place di Cozy Corner Ampang Park...
Saya cukup menggemari Escagots in Creamy & Herbs yang dimakan bersama roti bakar yang nipis dan ranggup...Serta Cold Seafood Salad dan Hainan Chicken Chop sangat-sangat menyelerakan...Manakala my mum memilih Florentine Baked Fish...Filet ikan dibakar dengan cheese and melty dengan kentang dan salad...Juga sedap...Manakala Mr Hubby memilih Nasi Goreng Bandung...rasanya agak pedas dan boleh dikatakan ok-ok sahaja.. 

 The Escagots!

 Our Foods...

Cold Seafood Salad
And lastly, jalan-jalan di Pavilion terpukau dengan GIANT MACAROON di Delectable by Su dan ya...Macaroon itu sangat-sangat besar...mungkin 3-4 kali ganda dari saiz biasa...RM10/pc...Rasanya juga boleh tahan sedap dan kawalan rasa manis nya juga tidak terlampau...Mulanya agak ragu-ragu dengan rasanya memandangkan saiz nya yang agak luar biasa...But suprisingly...it does nyummmyyy!So boleh beli lagi next time...heheehe!

Basically masa hujung minggu dan sepanjang minggu dihabiskan dengan makan..makan..dan makan...This is how Foodies Love Food spent her weekend with FOODS!

Ok...sampai disini update buat masa ini...I need my beauty sleep, well....hehehee!

Have a great start of Monday and Happy Work!

Love,

NH

Saturday, October 6, 2012

Happy Weekend with L.O.V.E....

Salam & Happy Weekend!

Its been a while...Well i'm missing from this blogging world...Yes 2 weeks back..Loads of work...Been in JB-KL-JB and finally back in KL to continue my designing & tailoring work..And yeahhh...loads of appointment as well...Syukur Alhamdulilah....Rezeki dari-Nya....

Appointment dengan production...clients...fitting session...and delivery...Semuanya harus dilakukan dalam minggu ini hingga bawa ke minggu hadapan..Tetapi, dalam kesibukan kerja, masa untuk berhibur dengan teman-teman...My Girlfriends sempat diselitkan dalam my daily schedule..hehehehe,,,.And yes i'm very happy for spending my time with my Girls...Farah &Kiah...We had fun last night...makan-makan & singing (karaoke session of course....)Even in a very limited time..but seriously it is Fun!

So weekend kembali lagi...Work is still work...But spending a quality time with our life partner is a must!
Masa untuk menikmati masa bersama...cooking at home and dine together..Or tengok movie bersama..Morning jogg....Hmmm...we'll see...apa aktiviti yang akan dilakukan bagi mengisi hujung minggu ini...
This is how home basis work...office & working at home... I can wake up at 4 am and draw the design which across suddenly in my mind immediately...hmmmm....

Bagi yang tertanya-tanya adakah saya kini berada di Johor Bahru atau di Kuala Lumpur..?Yaa saya di Kuala Lumpur dan bersedia menerima temu janji dan tempahan...Hubuingi saya melalui mobile atau Sms/Whatsapp/Line di +6016-7170338

Do Take Care Of Yourself
Happy Weekend with Love,

NH.



Sunday, September 23, 2012

Pengumuman...Announcement....

Dear all....

BeauGLam by Nina Hassan dan FluffyLush Plus akan berada diluar kawasan Kuala Lumpur selama 7 HARI bermula dari 26hb September 2012 hingga 3hb Oktober 2012.Maka sebarang temu janji (bagi BeauGLam by Nina Hassan) dan penghantaran (bagi FluffyLush Plus) tidak beroperasi sepanjang tarikh tersebut.
Bagaimanapun,tarikh temujanji boleh dibuat pada tempoh tersebut melalui Call/SMS/Whatsapp dan tempahan diFacebook FluffyLush Plus berjalan seperti biasa.Pengahantaran akan bermula pada 4hb Oktober 2012.
Harap Maklum

NH.

Sunday, September 16, 2012

Kesinambungan cerita "Pakej Perkahwinan Super Saver"....

Salam 1 Malaysia....

Masih ingat akan entry terdahulu saya tentang pakej perkahwina,pengantin muslimah dan inner nya?Juga tentang pakej perkahwinan Super Saver dan hasilnya?Andai anda mengikuti penulisan saya,kemungkinan anda masih mengingati akan entry tersebut dan bagaimana teman saya melalui sebuah pengalaman tatkala melewati detik bahagia untuk sekali dalam seumur hidup itu...

Pengalaman itu bukan hanya dilalui oleh teman saya dan pasangannya sahaja malah turut menarik saya melewatinya bersama dan saya berkongsi cerita ini disini bukan untuk menyindir atau mengutuk atau mengguris mana-mana pihak.Sekadar untuk dibuat renungan bersama dan berkongsi pengalaman serta mohon pada-Nya agar minta dijauhkan bagi bakal mempelai lain.

Ok, mungkin cerita pengantin muslimah dibagaikan oleh si mak andam dengan busana seperti lace yang jarang dan hanya diberi padanan inner yang kononnya akan menutup aurat muslimah tersebut ada yang berpelbagai pendapat namun antara pengalaman yang juga tidak dapat saya lupakan apabila....

Pelamin Nan Indah itu....namun....

Apabila bercerita tentang pelaminan,setiap orang terutamanya si mempelai wanita la yang akan berlebih-lebih berimaginasi dan berfantasi,bukankah? Bagaimanakah singgah sana yang bakal dinikmati bersama pasangan pada hari bahagia itu nanti...Warna dan tema apa yang paling in sepanjang tahun ini...Hendak berbentuk kan bulat atau segi empat, atau segi tiga...juga yang sering terbayang pasti yang ada berbentuk hati
(Heart-Shape tanda Love itu) Padanan warna serta tema tradisional atau moden atau juga bertemakan English atau mewah didalam taman ala Garden Wedding....Dan kini ada juga konsep Fairy Tale...lagi laaa tidak terbayang...Ohhh sememangnya indah apabila mula berimaginasi atau kata orang, berangan-angan ....

Berbalik pada cerita pelamin yang termasuk dalam pakej ala "Super Saver" tersebut...Bukan main hebat dalam brochure yang di uar-uar kan mereka..."Pelamin Ekslusif" lagi...manakan tidak teman saya itu berangan-angankan bahawa pelamin nya nanti itu bakal menjadi pelamin yang hebat dan bak kata orang putih itu..awesome!Tunggu punya tunggu...sehari sebelum majlis pernikahan, pelamin pun mula hendak didirikan..seisi rumah.semua exited hahhh...yang anak dara semua tertunggu-tunggu hasil kerja mak andam hebat ini...yang makcik-makcik sambil menyimpul bunga telur juga tidak kurang duk mengerling ke arah tapak pelamin yang  pada waktu itu baru diletaknya tapak dan belum lagi dinaikkan tiangnya...Ohhh saya mungkin terlupa menyatakan bahawa pelamin ini dipasang didalam rumah mempelai perempuan...Maklumlah,impian ibu mempelai katanya...hendak melihat anak tunggal perempuan mereka bersanding didalam rumah sendiri.....

Maka hari yang dinanti-nantikan....Saya tiba dirumah teman lebih awal kala teman saya disiapkan oleh mak andam hebat itu...sambil berbual dan melihat-lihat sekeliling apa yang patut....Teman saya pun sedia dengan sentuhan mak andam tersebut...ok laaa not bad hasil make-up nya dipadankan dengan busana rekaan saya yang telah saya ceritakan di entry yang lalu dimana saya siapkan dalam hanya tidak sampai seminggu...
Kelihatan teman saya ini agak tidak keruan,berdebar barangkali...menantikan si buah hati dengan rombongan nya....Saya pun berlalu meninggalkan teman saya itu tadi dan menuju ke ruang banquet  untuk menjamu selera...Teman saya itu ditemani oleh pengapit-pengapitnya so tidak la saya menyesakkan keadaan kamar pengantin yang telah pun sesak sedia ada....Sambil berlalu menuju ke ruang banquet...maka saya terperasan lah apa yang membuatkan saya menoleh sebanyak 5 kali pada ketika itu....Set alat renjis ituuuuu!!!Kenapa digunakan bekas plastik bagi mengisi beras?????Bekas plastik???Yaaaa...memang tidak silap, ia bekas plastik!!!alaaaa yang kita dapat bila kita tapau makanan dari restoran atau kedai makan itu...atau ada orang panggil "taperware"....

Pada ketika itu juga kedengaran paluan kompang tanda rombongan dari pihak lelaki telah tiba...Saya tercengang disitu...Semua dah berasak-asak keluar...teman saya juga telah siap sedia hendak menuju ke pelamin itu...Semua mula memberi tumpuan sepenuhnya pada pengantin dan pelamin tersebut...Saya sempat menarik tangan seseorang barangkali saudara terdekat teman saya itu yang kelihatan agak sibuk ke hulur ke hilir...Saya terus bertanyakan padannya, apakah benar bekas plastik yang digunakan disamping alat merenjis yang "kurang syarat" itu.....Dan jawapannya..."..Iyaaaa,Mak Andam tu kata alat rtenjis dia tak cukup,pasal dia ada lagi 2 ke 3 kenduri lain..agaknya tu yang tak cukup alatannya...." Whatttt???Macam nak pengsan dengar alasan mak andam tersebut...Boleh diberinya alasan sedemikian rupa???
Kot ia pun nak mengaut 2-3 majlis dalam SATU hari, bagi saya itu suatu penganiayaan buat teman saya itu....
Nasib la teman saya itu penyabar dan boleh dikatakan yang jenis malas nak cakap banyak
 and super cool...Jawab teman saya...alaaa janji semuanya dah selamat....Hmm nasib la kena pada orang yang jenis macam teman saya ini,kalau silap orang...boleh jadi adegan saman menyaman ni...

Maka saya menghormati pendirian teman saya itu...cuma saya tetap rasa ralat dengan peristiwa itu...dan percaya atau tidak, gambar perkahwinan teman saya itu memang mengandungi set alat renjis "taperware"
tersebut biarpun jika tidak diamati betul-betul...bagi saya ia tetap nampak...

So, kepada bakal mempelai diluar sana, sila hati-hati dengan tawaran pakej yang kadang-kala diluar jangkauan imaginasi kita...hendak kan tawaran yang kononnya hebat sanagat....dapat laahhh pulak set alat renjis yang sepatutnya tembaga namun diganti dengan "taperware" atau bekas plastik...Dan kepada pemilik butik andaman/perancang perkahwinan atau yang sewaktu dengannya...tolonglah.. jangan diambil kesempatan ke atas mempelai lebih-lebih lagi yang jenis macam teman saya ini..mungkin mempelai ini jenis yang tidak kisah..namun, orang atau tetamu yang observent seperti saya,jangan ingat tidak nampak atau perasan..Maka terjadilah perkongsian cerita didalam blog seperti yang saya kongikan disini...tetapi saya tidak la sekejam mana hingga mendedahkan nama butik andaman tersebut...Cuma berharap dan berdoa agar mana-mana butik pengantin yang pernah melakukan kesilapan seperti ini,anggaplah ia sebagai pengajaran dan kesilapan lalu dan pastikan kejadian seperti ini tidak akan berlaku dimana-mana majlis perkahwinan yang akan datang.Jangan lah dek kerana hendak mengaut keuntungan semata-mata dengan grab job 2-3 dalam 1 hari tapi barang tak cukup dan ini lah yang terjadi....

Yang baik dijadikan tauladan...Yang kurang menyenangkan dijadikan sempadan...Akan saya ceritakan pengalaman-pengalaman dimajlis perkahwinan pada entry akan datang..Insyallah...
Jaga-jaga...ada yang memerhati... :)

Salam Hari Malaysia 2012 & Happy Holiday Malaysian...

NH




Thursday, September 13, 2012

Nantikan Sambungan Cerita Pakej itu.....

Masih ingat akan cerita pakej perkahwinan "Super Saver" dalam entry terdahulu...??Nantikan kesinambungan cerita disebalik pakej tersebut...soon.Insyallah..very soon...
Find out more about it...
Untuk renungan bersama...Sharing is caring...

Love,
NH

Tuesday, September 11, 2012

Our Lil' Sis now ON sale...

Hey Hey Hey!!

Great News! Good Time!Let's share... Our lil' sister Online Fashion Boutique www.fluffylush.blogspot.com created for Plus Sizer now ON sale..!!! Grab the discount up to 15% + FREE Postage within Malaysia with every purchase made in a single transaction.

Get 10% discount for every item
Buy 2 items and get 15% discount
Buy 3 items and above get 15% discount + FREE Postage (within Malaysia)

*FluffyLush Plus now available for those who fit in size of UK24 and above..
Ask us at FB: FluffyLush Plus / fluffylushmalaysia@yahoo.com

Sunday, September 9, 2012

Weekend kita.....

Salam Hujung Minggu...
 
Bagaimana berakhirnya hujung minggu anda kali ini?Masih meriah dengan jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya yang masih on mood nya...Hmmm saya penuhi weekend saya dengan meluangkan masa bersama si dia yang tercinta...hehehe!Masak kan untuk si dia (dan juga menu pilihan si dia)..jalan-jalan di Pavilion & KLCC...Menikmati Cupcake & Rainbow Cake dari Bisou di KLCC..dan yang paling menggembirakan hati apabila membawa pulang sepasang selipar Havaianas Custome-made...Happy sangat!Boleh pilih sole..straps dan accessories yang sangat laaa cool & comel....Saya antara peminat setia Havaianas dan memiliki beberapa pasang koleksi namun apabila event 2 hari yang berlangsung dibutik Havaians di Pavilion ini, saya langsung tidak melepaskan peluang untuk melihat dan memilih sendiri rekaan dan menyaksikan pembuatan selipar saya dengan accessories pilihan...Dan akhirnya saya memilih cutting Slim dengan sole berwarna hitam dan straps berwarna turqoise juga memilih accesorries seperti 'H'..'Bowtie' dan 'Limited' dengan sentuhan diamond ala bling-bling...Sangat teruja!

 Havaianas my all time Favourite...
 Bisou KLCC- Cupcake & Square Rainbow Cake..Super nyumm!
Simple Weekend dishes for Mr Hubby- Ikan masak Kerutuk + Lemak Kobis + Telur Mata letak kicap & sos tomato..Kan simple?Tapi penuh bermakna apabila dimasak dengan penuh kasih sayang dan dinikmati dirumah bersama si dia tersayang :)

Semoga hujung minggu anda juga terisi dengan aktiviti yang indah dan bermanfaat...Selamat memulakan Isnin dan minggu baru untuk semangat yang baru serta visi yang lebih produktif...Ini laaa weekend kita...:)

NH

Monday, September 3, 2012

Cerita Pakej Perkahwinan,Pengantin Muslimah Dan" Inner" nya......

Entry lepas saya berbicara tentang pengantin curvy/plus size...kali ini saya rasa seperti ingin berbicara tentang Pakej Perkahwinan,Pengantin Muslimah dan "Inner" nya.....

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?Saya berbicara diatas pengalaman saudara-mara..teman terdekat mahupun orang sekeliling saya... yang dibagai dengan baju mengikut sesuka hati butik andaman yang bagi saya cetek ilmu fashion atau setidak-tidaknya..ilmu asas agama...Andai sekali pun ingin mengaut keuntungan dengan mudah,usah dipermainkan kewajipan atau pendirian sesorang muslimah...

Ceritanya terjadi pada salah seorang dari teman baik saya...Teman saya ini melangsungkan majlis perkahwinan sekitar tahun lalu..Pada mulanya saya mungkin tidak terlibat dalam persediaan majlis perkahwinannya kerana pada waktu itu saya sememangnya teramat sibuk dengan urusan perniagaan keluarga saya dan ketika itu juga saya mengambil masa berehat dari dunia Fashion & Design ini buat seketika.

Namun hendak dijadikan cerita, teman saya ini ada menceritakan pada saya yang dia dan bakal suaminya sepakat memilih butik andaman "toottt" kerana menurutnya,butik ini menawarkan pakej yang teramat menarik dan menakjubkan (pada ketika itu,saya juga tercengang apabila teman saya ini mem'forward'kan isi pakej tersebut...)

Memang menarik! Dengan tawaran RM1xxx + (apa yang tercacatat dalam senarai pakej tersebut ketika itu) terdapat set pelamin Ekslusif,hiasan bilik tidur,meja makan beradab,make-up 2 kali-nikah & sanding, persalinan nikah & sanding untuk Lelaki & Perempuan,Aksesori,Kasut dan yang sewaktu dengannya..
(Bukan kah itu pakej Super Saver namanya??hehehe...
Maka teman saya ini pun terus memutuskan si butik andaman "toott" ini lah yang akan merealisasikan impian perkahwinan mereka kala itu.Dengan penuh harapan...Saya juga tumpang gembira diatas pilihan teman saya itu....

Hari bahagia semakin hampir..

Kala teman saya ini mula menghitung hari bahagia yang bakal tiba...Tiba-tiba teman saya seorang ini telah menghubungi saya dengan suara tersekat-sekat dan berbaur tangis (atau terlalu sedih lah pendek kata)
Baru pulang dari fitting katanya...Saya juga teruja pada mulanya kerana..ohhh saya terlupa hendak menyatakan bahawa didalam pakej ada menyatakan pakaian Sanding adalah rekaan ekslusif untuk bakal pengantin,dimana teman saya ini bakal menyarung busana rekaan ekslusif si mak andam tersebut..Sudah tentulah semua orang akan teruja untuk menyaksikan rekaan ekslusif tersebut..

Teman saya terus menjerit....The design was really...ermmm...Okayy...design itu letak la ketepi sekejap ya...Warna yang teman saya mahu kan juga tidak seperti yang dijanjikan...Maka lari tema la jawabnya...Yang paling mengejutkan saya ialah..Teman saya ini berhijab orang nya...Manakala mak andam yang mengaku expert ini..dengan mudahnya 'mereka' busana ekslusif dimana diberinya kain Lace yang tidak ber'lining' maka terkeluarlah segala isi lengan dan dada si teman saya ini...Bila ditanya oleh teman saya kepada si mak andam expert ini..mudah sungguh jawapannya."..pakai je inner..." Inner..??? You must be kidding..!!!!!
Saya juga tercenggang mendengar keluhan teman saya itu...majlis sudah makin hampir...hendak atau tidak, tak kan nak dibiarkan teman saya itu bersanding dengan nampak segala isi lengan,dada dan belakang nya mana kan tidak kalau dah direkakan pula busana ala korset-kebaya itu...Ohhh Nooooo!!!Atau teman saya ini terpaksa memakai inner yang jenis dibuat kasual itu?kena pula dikenakan warna kulit dan busana itu pula kontras warnanya..Hmmm....

Dipendekkan cerita, saya lekas-lekas rekakan apa yang patut dan mematuhi kehendak teman saya terutamanya yang sesuai dipakai oleh pengantin MUSLIMAH dan BERHIJAB...Alhamdulilah...dalam masa seminggu, saya berjaya menyiapkannya...Teman saya gembira...Saya turut berkongsi kegembiraan...NAMUN...bukan itu penghujung cerita ini...ada lagi cerita disebalik PAKEJ PERKAHWINAN SUPER SAVER ini..lagi tentang pelamin..dan tukang pelamin nya...tapi akan saya kongsikan dilain hari Insyallah.....
Renung-renung kan...Yang pengantin, nasihat saya agar lebih berhati-hati dan tidak salah bertanya lebih kepada pihak Perancang Perkahwinan/Mak Andam....Dan kepada Perancang Perkahwinan/Mak Andam juga...Jangan diambil kesempatan dan hanya berpandukan pada mengaut keuntungan semata-mata...Sama-sama saling memerlukan...

Buat renungan bersama....(opsss ada cerita menarik lagi akan saya kongsikan di entry akan datang...)

NH

Sunday, September 2, 2012

Hey! Hey! Finally We're Back!

Salam....

Yeahh finally we're back in KL for good...This is an official announcement...
Beginning SEPTEMBER 2012....BeauGLam by Nina Hassan will now based in Cheras, Kuala Lumpur.
So dear new or existing clients around Klang Valley/Selangor/Putrajaya/Cyberjaya, as usual our bussiness operation are based on appointment only.For those who are regular with BeauGLam by Nina Hassan, our  services remain as usual (our appointment date & place will be set according to the clients availability)

So do not hesitate to contact us at +6 016-7170338 or email at beauglam_kl@hotmail.com.
Kindly make an early appointment to visit our workshop at anytime convenience.

NH

Sunday, August 26, 2012

Bicara tentang Pengantin Chubby..Curvy..Plus Size..Hak cantik dihari bahagia itu....

Salam Buat Si Cantik yang bergelar Chubby,Curvy mahupun Plus Size......

Sering kali kita terdengar keluhan dan rintihan pemilik badan istimewa si Chubby,Curvy mahupun Plus Size tentang busana yang bakal digayakan pada hari bahagia mereka.Antaranya sukar mendapatkan saiz di butik-butik andaman/perkahwinan juga dibelenggu oleh rekaan yang bakal digayakan...Adakah rekaan didalam majalah yang digayakan oleh model itu sesuai dengan tubuh badan nya...atau soalan seperti "Benarkah jika memiliki tubuh badan yang besar/gempal tidak sesuai menggayakan fabrik dari jenis Songket takut andai kelihatan terlalu keras dan mengakibatkan tubuh nampak lebih besar....ATAU bagaimana andai fabrik chiffone digayakan?Adakah akan kelihatan segala kekurangan pada tubuh yang hendak disembunyikan...?"Dan pelbagai lagi persoalan menerjah minda kala persiapan menuju hari bahagia itu semakin berada di kemucaknya....

Andai anda tercari-cari Pereka Fesyen bagi merealisasikan impian dihari bahagia anda...
di BeauGLam by Nina Hassan merupakan pereka bagi Standard size mahupun Plus Size terutamanya dari segi keselesaan dan kesesuaian tidak kira dari segi rekaan, pemilihan fabrik hingga ke detailing pada setiap helaian...

Melalui pengalaman sendiri yang memiliki bentuk badan Plus Size...memberi kelebihan dalam menata atau menghasilkan setiap helaian buat si pemakai yang bertubuh Chubby, Curvy atau Plus Size ini..
Malah setiap hari saya mencari solusi bagaimana caranya untuk menghasilkan helaian yang lebih indah lagi selesa dan setara dengan pemilik badan bersaiz standard.
Ternyata...yang bersaiz standard lebih mudah digayakan namun itu bukan bermakna yang bersaiz istimewa ini harus dipandang remeh..Tidak sama sekali...Tidak kira bentuk badan bagaimana sekali pun...Hak untuk tampil cantik lagi anggun dihari bahagia adalah suatu kewajipan bagi saya.

Di BeauGLam by Nina Hassan..khidmat seperti sewaan sememangnya kurang diketengahkan.Namun konsep 1st rental atau buy-back ada ditawarkan bergantung kepada persetujuan pihak pelanggan dan upon request sahaja.
Ini kerana saya lebih menitikberatkan dari aspek keselesaan dan exclusiveness serta ketelitian apabila busana perkahwinan disarung pada setiap tubuh badan dan yang pastinya memiliki bentuk badan,citarasa,impian yang sudah tentu berlainan sama sekali bagi setiap individu..Dan ya..Saya lebih fokus kepada made to measure terutamanya pengantin yang memiliki bentuk badan plus size ini.

Nasihat saya buat pengantin berbadan istimewa ini...
Jangan terburu-buru memilih rekaan..
Ambil masa dalam membuat keputusan...
Rujuk pada Pereka Fesyen untuk mendapatkan idea mahupun rekaan yang lebih tepat dengan bentuk tubuh badan dan yang akhir sekali..
Beri peluang pada diri sendiri dengan meletakkan sejumlah bajet untuk helaian dihari bahagia anda kerana yang pasti, kombinasi bajet dan ilham pereka serta impian yang dimpikan sekian lama bakal memberikan anda hasil yang Insyallah memuaskan hati dan diabadikan indah didalam potret perkahwinan anda buat selamanya....

So dear bride to be....Buat pilihan yang tepat..mulakan research dan jangan gusar akan helaian busana untuk majlis persandingan mahupun pernikahan biarpun apa sahaja bentuk badan anda..."Be Confident and follow your instinct...Trust me...you're  going to be a gorgeous bride on earth...Seriously."

NH

Friday, August 24, 2012

Selamat Hari Raya 2012

Salam Syawal....

Alhamdulilah...sekali lagi bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan menikmati Syawal yang penuh bermakna bagi tahun 2012 ini.Tahun ini seperti biasa,sambutan hari raya dengan kedua belah pihak (iaitu keluarga saya & mertua )seperti tahun-tahun yang lalu..Beraya di Kuala Lumpur & Johor Bahru.

Rezeki selepas Raya juga tidak kurang hebatnya...Alhamdulilah sekali lagi kerana dilimpahi rezeki oleh-Nya dengan tempahan dari bakal mempelai yang meniti ke jinjang pelamin sekitar bulan Oktober hingga ke hujung tahun nanti.Saya juga telah mula menyusun jadual bagi bulan September hingga ke awal tahun 2013.
Raya-raya juga,tetapi fikiran tetap berputar menyusun jadual temujanji, tailoring, production sehingga ke proses penghantaran...

Jari jemari ini juga bagaikan tidak sabar memulakan sentuhan 'patchwork' dan melakar idea-idea baru.Ini kerana di BeauGLam by Nina Hassan, sentuhan 'patchwork'..detailing...fitting hingga ke proses akhir akan dilakukan sendiri oleh saya...Saya tidak sekali-kali menyerahkan tugas ini kepada sembarangan staf mahupun sesiapa sahaja kerana kepuasan dan sentuhan saya sendiri hanya mampu memuaskan hati bukan sahaja clients malah diri saya sendiri...Saya melakukan kerja ini berlandaskan minat yang mendalam dan dari situ timbul ketelitian dan kesempurnaan...Insyallah...

I would like to share part of my Raya pictures with my readers....Semuanya dipagi Syawal.... :)
Ohhh dan tahun ini saya masih memperoleh duit raya dari my Mum, Dad & Hubby! Yeayyy!Thanks to all...hehehee

Salam Syawal 1433

NH.
 Family gathering Di pagi Syawal...
Exclusive!Tazneem was cooking for Raya dishes.. :)
We had a fantastic lunchies at Aunt's & Uncle's place at Taman Bunga Raya, KL.
 Me in BeauGlam by Nina Hassan Chili Red Tiny Polka Baju Kurung Pahang with my sis in law & hubby's side cousins
From Left-Right : Amna, Nina, Hapsa (sis in law) & Tahirah

 We had fun :)

With the gorgeous one...Sis in law & Cousin's
From Left-Right : Baby Irfanah, Tazneem, Amna, Nina & Zarinah (sis in law )


With my L.O.V.E

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan 2012....

Salam Ramadhan everyone...

Alhamdulilah.....Ramadhan 2012 dapat ditemui dan dinikmati kembali..Selain rezeki yang diberi oleh-Nya...Sangat bersyukur.By the way, BeauGLam by Nina Hassan telah melabuhkan layar tempahan bagi Hari Raya Aidilfitri bermula awal bulan Julai yang lalu.Namun bagi tempahan bagi Hari Raya Aidiladha pula dibuka seperti biasa.

Bagi tempahan pakaian untuk majlis Pernikahan mahupun Persandingan serta Dresses dan lain-lain dibuka seperti biasa.
Untuk mempelai yang bakal melangsungkan majlis pada penghujung tahun 2012 ini, andai anda masih tercari-cari pereka untuk mereka pakaian bagi hari bahagia anda...boleh hubungi kami melalui e-mel beauglam_kl@hotmail.com atau call/sms +6 016-7170338 bagi sebarang pertanyaan / temujanji.

Bagi pakaian RTW Casual from our lil' sister online boutique dapatkan di  http://www.fluffylush.blogspot.com/ atau di Facebook : FluffyLush Plus

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Happy Shopping!

NH

Sunday, July 1, 2012

Salam Everyone....

Today i would like to share with everyone our fast + best selling Cardigan ever from Fluffylush Plus!

Material yang sangat sejuk...selesa digayakan tidak kira dimana anda berada...Dengan perincian dibelakang memberi ilusi tubuh lebih ramping dan selesa....

Hanya RM56 (tidak termasuk caj penghantaran)


Name: Super Stretchy Long Cardigan (dengan getah dibelakang untuk memberi shape di bahagian pinggang dan max stretch)
Code: SSLC
Material: Soft Cotton
Price: RM56 (excluding postage)
Colours: Black, Dark Brown and Grey
Note: 
Size:
Shoulder: 18" / Waist: Stretch from 44" - 55" /  Length: 35" (front) and 32" (back)
Variasi pilihan warna...BLACK...GREY & BROWN

Juga boleh didapati dari blog lil' sister kami


Saturday, May 19, 2012

Reception & Solemnization Mawaddah & Zayd designed BeauGLam by Nina Hassan...

Salam....

Mungkin agak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan mempelai ini ( kerana saya agak lewat meng"update'kan blog ini ) Dan dengar-dengar ( ohh dah confirm ok dengan berita gembira ni ) mempelai ini juga bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi...Ohhhh Double Congrats buat Mawaddah & Zayd...Semoga segalanya berada dalam keadaan yang terbaik dan mohon agar dipermudahkan oleh-Nya...

Ok...this is one of another my favourite bride & groom! :) Mempelai muslimah yang senang berurusan, mempunyai pandangan yang tajam dalam memberi kerjasama serta serba sedikit idea bagi menghasilkan rekaan pakaian bagi majlis pernikahan dan persandingan beliau pada 07 & 08 Januari 2012 yang lalu.

Memilih warna suci iaitu putih untuk majlis pernikahan (Solemnization)..Fabrik Chiffone Silk digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan Jubah Modern '2 tiers' dilapik dengan fabrik Satin Silk agar seluruh rekaan kelihatan lembut 'flowy'...Perincian seperti manik diserikan di sekitar bahagian depan '2 tiers' tersebut dan dibahagian hujung tangan diberi rekaan 'puffy' turut diserikan dengan tatahan 'Swarovski' sesuai bagi sesebuah majlis pernikahan.Manik dijahit tangan dengan rekaan tersendiri.

Bagi majlis resepsi,pasangan mempelai sepakat memilih tema warna hijau yang sungguh redup sekali dimana sekali lagi fabrik seperti 'Chiffone Silk' dan 'Corded Lace' dipadukan dalam satu rekaan yang 'simple' dan menepati citarasa muslimah iaitu Kebaya Moden.Fabrik 'Corded Lace' digunakan secara keseluruhan bagi top kebaya labuh dan dilapik dengan 'Satin Silk'.Manakala sarung kebaya menggunakan fabrik 'Chiffone Silk' dan dilapik oleh 'Satin Silk' dan diberi potongan yang lebih menarik dan kelihatan 'flowy' dan sedikit berombak.Mempelai  memilih rekaan manik yang agak 'simple' memandangkan fabrik 'Corded Lace' sudah agak berat dan bagi memastikan keseimbangan dalam paduan 'Chiffone Silk' dan 'Corded Lace' maka sentuhan manik hanya diberi tumpu dibahagian depan dan dihujung lengan sahaja.

Alhamdulilah....Kedua-dua rekaan berjaya direalisasikan menerusi perbincangan dari awal hingga ke akhir dan saya sebagai Pereka yang mereka dan menghasilkan berharap agar Mawaddah & Zayd berpuas hati dari segi perkhidmatan dan hasil yang saya berikan...

Disini antara gambar sekitar majlis Pernikahan & Persandingan mempelai...Sekali lagi diucapkan Selamat Berbahagia hingga ke akhir hayat buat Mawaddah & Zayd...InsyAllah....

NH





Friday, May 18, 2012

Another "Baby" by Nina Hassan...

Salam Everyone....

Supriseeeeee!!!Supriseeee!!Supriseeeee!!First of all... It is not a baby girl or boy...but this is another "baby" by Nina Hassan which is our new range specially made for PLUS SIZE woman out there! Yeahhh finally! Proudly present FluffyLush Plus...

Our official FACEBOOK
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100003569071183
And currently our blogspot temporarily under maintanance....but still...u can view our blog time to time....at
http://www.fluffylush.blogspot.com/

So sexy!What are you waiting for...?Grab your's one now because our collection will be available in a very limited quantity since we're doing it and design it by me (Nina Hassan) and my partner (Farah Karim)!So siapa cepat dia dapat basis....It is 100% made in Malaysia! We proudly announce that our collection made in Malaysia and did by Malaysian!
Why we choose PLUS SIZE?Because im standing here as a plus size and im really understand how difficult being a plus size here in Malaysia..So there u go...!No more complaints!Just wearing it as u wish!

In FluffyLush Plus when we said that we made it for PLUS SIZE..We really meant it! And yeahhh...Our sizing is totally different with standard plus size boutique or brands.So do check it out before u purchase..
So those woman with size more than UK20...please check this gorgeous out!

Here proudly present part of our "Polka Dots Attack Collection"...


 FluffyLush Plus Colourful Polka Dots Kimono Top (CPD)
 FluffyLush Plus Brown Polka Dots Shirt (BPDS)
FluffyLush Plus Blue Tiny Polka Dots Shirt (BTPD)






And many more in our FACEBOOK page http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100003569071183

Be friend with us and we'll update u with our latest collection...info...styling guide for plus size....and more-more about PLUS SIZE!
Be gorgeous & Sexy!
Happy Shopping and have a great-great day!

Love

NH